Afrika Selatan layak lawan Sri Lanka dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Kekalahan kepada juara bertahan Sri Lanka memaksa tuan rumah Melayu Malaysia hanya layak bersaing bagi penentuan ketiga menentang India dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 9 April 2016.

Dalam pertemuan juga di Bayuemas Oval pada 8 April, , Melayu Malaysia hanya berupaya mengumpulkan 61 larian sekali gus  menyaksikan Sri Lanka mengatasi lawan dengan sembilan wiket hanya dalam 11.4 over.


Sri Lanka akan berentap dengan pemenang ketiga tahun lepas, Afrika Selatan dalam babak akhir 10 April. Afrika Selatan mengatasi India 26 larian di Kinrara Oval (8 April)  untuk mara ke pentas akhir di Bayuemas Oval.

''Ini merupakan peluang terbaik kami untuk membenam Sri Lanka jika bermain macam hari ini (semalam).

''Kami mahu merangkul Trofi Tuanku Ja'afar setelah tahun keenam menyertai pertandingan ini,'' kata ketua rombongan Afrika Selatan, Ismail Teladia.

Bagi penentuan kelima, naib juara 2015,  Bangladesh sekali lagi bertemu Thailand di Kinrara Oval, Puchong.

KEPUTUSAN:

Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 9 wiket.
Melayu Malaysia 61 (28.3 over) Haziq Farhan Aziyan 11.  Kavindu Nadeeshan 4-21, Kamil Mishara 3-3, Yasiru Arachchi 2-6.
Sri Lanka 63-1 (11.4 over) Ravindu De Silva kekal 36, Manisha Perera 23.
Pemain terbaik: Kamil Mishara (Sri Lanka).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
 
Afrika Selatan kalahkan India dengan 26 larian.
Afrika Selatan 184-9 (40 over) Jason Alexander 34, Ruan Terblanche 32, Jan Nicol Loftie-Eaton 32, Lehan Botha 24, Aidan Rooke kekal 19.  Arya Pol 3-34.
India 158-6 (40 over) Suryansh Shedge 68, Bramha Pawar 27, Jash Dedhia kekal 19.  Jason Alexander 4-39.      
Pemain terbaik: Jason Alexander (Afrika Selatan).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Bertle Alex James (NS).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
Bangladesh kalahkan Thailand dengan 7 wiket.
Thailand 48 (17.4 over) Payuputh Sungnard 18.  Mekail Alam Rabbi 3-0, Thanjid Hossen 2-15.  
Bangladesh 49-3 (14.2 over) Abdulla Jesan kekal 15.  Kongkidakon Rueangrotchanachai 2-14.  
Pemain terbaik: Mekail Alam Rabbi (Bangladesh).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Ariffin Ramly (NS).
Referi perlawanan: Mohidin Hashim (SEL).
 
JADUAL 9 APRIL:
 
PENENTUAN KE-3
MELAYU MALAYSIA lwn INDIA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
PENENTUAN KE-5
BANGLADESH lwn THAILAND
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)