Sri Lanka, Afrika Selatan kuasai perlawanan

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka mudah membenam Thailand dengan lapan wiket dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Kinrara Oval 7 April 2016 sekali  gus memudahkan peluangnya untuk beraksi bagi mempertahankan kejuaraan dalam babak akhir 10 April ini.

Walaupun Thailand hanya melakukan angka paling rendah (19 larian) dalam sejarah pertandingan yang dimulakan sejak tahun 2004, Sri Lanka melepasi angka berkenaan tetapi kehilangan dua wiket utama.


Pertandingan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu menyaksikan Malaysia tumpas enam wiket kepada pemenang ketiga tahun lepas, Afrika Selatan di Bayuemas Oval.

Dengan hanya mengumpulkan 110 larian, tuan rumah sukar mempertahankan kedudukan dengan lawan membalas 111-4 dalam 33.3 over.

''Perlawanan terakhir kami menentang Sri Lanka dan ini bukan tugas mudah. Sri Lanka memiliki pasukan bawah 15 terbaik dunia. Kami menghadapi pelbagai kesukaran untuk mempertahan agar purata larian bersih tidak menjunam,' kata pengurus Melayu Malaysia, Mohsain Hashim.

Dalam satu lagi perlawanan, India mengatasi Bangladesh dengan dua larian di RSC Kiara.

KEPUTUSAN:

Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia dengan 6 wiket.
Melayu Malaysia 110 (35.2 over) Farouq Mustakim 28, Nashrullah Saleh 14, Vishvaruben Kumar 11.  Aidan Rooke 3-13, Jason Alexander 3-31, Matthew Kaiser 2-12, Uthmaan Abrahams 2-19.
Afrika Selatan 111-4 (33.3 over) Ruan Terblanche 54, Keegan Mountjoy 36.  Afif Harith Sujak 2-13.  
Pemain terbaik: Ruan Terblanche (Afrika Selatan).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rudy Ismandi Mansor (PER).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).

Sri Lanka kalahkan Thailand dengan 8 wiket.
Thailand 19 (9.4 over) Yasiru Arachchi 6-1, Kavindu Nadeeshan 2-2.
Sri Lanka 22-2 (4.5 over) Kavindu Nadeeshan 8, Manisha Perera kekal 5.      
Pemain terbaik: Yasiru Arachchi (Sri Lanka).
Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Rosman Zakaria (KED).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
India kalahkan Bangladesh dengan 2 larian.
India 122 (28.2 over) Ketan Alshi 51, Aaradhya Shinde 12.  Mohammed Imran Chowdhury 4-5, Mohammad Robiul Hasan Rakib 2-20.  
Bangladesh 120 (39.4 over) Mekail Alam Rabbi 29, Menhaz Uddin 28, Mohammad Robiul Hasan Riyad 22.  Arya Pol 2-11, Ganesh Masurkar 2-12, Ketan Alshi 2-16, Aaradhya Shinde 2-21.    
Pemain terbaik: Ketan Alshi (India).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Zaidan Taha Hasim (KEL).
Referi perlawanan: Mohidin Hashim (SEL).
 
JADUAL 8 APRIL 2016:
 
MELAYU MALAYSIA lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
AFRIKA SELATAN lwn INDIA
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
THAILAND lwn BANGLADESH
(RSC Kiara, 9.30 pagi)