Sri Lanka yakin bersaing dalam babak akhir

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka terus menguasai perlawanan hari ketiga Cabaran Kriket Bawah 15 Kebangsaan dengan kemenangan besar; 170 larian ke atas India di RSC Kiara pada 5 April 2016.

India yang tumpas kepada Melayu Malaysia pada 4 April  mengumpulkan angka paling rendah (27 larian) dalam sejarah pertandingan itu sejak tahun 2004. Sri Lanka melakukan 197 larian sewaktu memukul pada sesi pagi.

''Selepas mengatasi Afrika Selatan dan Bangladesh pada dua perlawanan awal, kami sudah merasakan mampu mengulangi kecemerlangan dalam babak akhir Ahad ini,'' kata pengurus Sri Lanka, Wasantha Goonathilaka.

Melayu Malaysia pula memenangi perlawanan ketiga apabila membenam Thailand dengan 163 larian di Bayuemas Oval, Klang. 

Di Kinrara Oval pula, Afrika Selatan menumbangkan Bangladesh dengan enam wiket.

Pertandingan tahunan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu dianjurkan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2004.

KEPUTUSAN:

Melayu Malaysia kalahkan Thailand dengan 163 larian.
Melayu Malaysia 216-8 (40 over) Afif Harith Sujak 58, Farouq Mustakim 47, Haziq Farhan Aziyan 31, Haiqal Khair kekal 26.  Pitchaya Kongphong 2-25, Panasak Daenmalidoi 2-47, Kongkidakon Rueangrotchanachai 2-63.
Thailand 53 (31.4 over) Payuputh Sungnard 22.  Saiful Hakimi Mehat 5-13, Haiqal Khair 2-4, Vishvaruben Kumar 2-8.
Pemain terbaik: Saiful Hakimi Mehat (Melayu Malaysia).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Shafizan Shahriman (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).

Afrika Selatan kalahkan Bangladesh dengan 6 wiket berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 119 larian dalam 32 over.
Bangladesh 130 (39.4 over) Mohammad Robiul Hasan Rakib 23, Menhaz Uddin 21, Mohammad Robiul Hasan Riyad 17.  Lehan Botha 4-14, Uthmaan Abrahams 3-27, Mark Kleinhans 2-14.
Afrika Selatan 119-4 (29.1 over) Ruan Terblanche kekal 50, Matthew Kaiser 35.  Mohammad Robiul Hasan Riyad 2-24.        
Pemain terbaik: Ruan Terblanche (Afrika Selatan).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Ariffin Ramly (NS).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
Sri Lanka kalahkan India dengan 170 larian.
Sri Lanka 197 (40 over) Avishka Tharindu 38, Ahan Sanchitha 30, Shevaan Rassool 21, Leshan Amarasinghe 21.  Aaradhya Shinde 3-21.  
India 27 (19.1 over) Sandun Mendis 4-9, Kamil Mishara 2-2, Janidu Wathsala 2-3.
Pemain terbaik: Sandun Mendis (Sri Lanka).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rosman Zakaria (KED).
Referi perlawanan: Mohidin Hashim (SEL).
 
JADUAL 7 APRIL:
 
MELAYU MALAYSIA lwn AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
SRI LANKA lwn THAILAND
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
INDIA lwn BANGLADESH
(RSC Kiara, 9.30 pagi)