Sham Jalil di Pusat Rawatan Islam
Wednesday, 26 August 2009 09:06
KUALA LUMPUR - Timbalan Setiausaha Kewangan Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Sham Jalil masih mengharungi rawatan di Pusat Rawatan Islam, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Sham yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pemain Peringkat Usia Nasional di Persatuan Kriket Malaysia dimasukkan ke hospital berkenaan minggu lepas kerana kurang sihat termasuk sakit di bahagian dada.
Timbalan Setiausaha Kriket Melayu yang merupakan rakan karib Sham, Hasan Abdullah yang melawat bekas pemain kriket kebangsaan itu pada 25 Ogos 2009 mengumumkan: ''Sham kini semakin sihat setelah mengharungi pelbagai rawatan beberapa hari lalu.''
Sham dilaporkan akan dibenarkan keluar daripada hospital itu dalam tiga hari lagi.
"Dia akan bertugas semula untuk membangunkan kriket," kata Hasan, bekas pembaling separuh pantas pasukan bawah 23 Malaysia.

HASAN memberikan kata-kata semangat kepada Sham sewaktu lawatan pada 25 Ogos 2009.

KEADAAN dan wajah Sham dengan lebih jelas di Pusat Rawatan Islam.