Kejayaan luar dugaan bagi Melayu Malaysia

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia mencapai kejayaan luar dugaan apabila berjaya mengatasi India dengan tiga wiket menerusi perhitungan kaedah Duckworth-Lewis dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 4 April 2016.

Selepas hujan menghentikan permainan pada over ke-29, Melayu Malaysia ketika itu berkedudukan 96-6 dalam misi mengejar angka India berjumlah 147.


Berikutan kesuntukan masa, perlawanan bersambung semula dengan meletakkan sasaran 33 larian bagi Melayu Malaysia dalam hanya 24 balingan.

Amat menakjubkan dua pemukul Haikal Khair (kekal 41) dan Nashrullah Saleh (18 tanpa tewas) menepati angka kemenangan dalam hayunan penuh dramatik. Haikal melakukan satu pukulan enam dan empat fours bagi menamatkan permainan itu.

''Memang dilihat terlalu sukar untuk mengatasi angka sasaran selepas gangguan hujan tetapi pemain-pemain Melayu Malaysia bersemangat tinggi untuk mengatasi pasukan gagah seperti India,'' kata pengurus Mohsain Hashim

Melayu Malaysia bertemu Thailand dalam pertemuan ketiga dan seterusnya berentap dengan Afrika Selatan dan juara bertahan, Sri Lanka.

Dalam perlawanan lain 4 April, Bangladesh tertiarap dibaham Sri Lanka dengan 192 larian di Kinrara Oval. Di RSC Kiara pula, Afrika Selatan menewaskan Thailand dengan sepuluh wiket.

Sri Lanka memenangi kejuaraan sebanyak sembilan kali sejak pertandingan mula diperkenalkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia pada tahun 2004.


KEPUTUSAN:

Melayu Malaysia kalahkan India dengan 3 wiket berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 129 larian dalam 33 over.
India 147 (40 over) Arya Pol 31, Ketan Alshi 26, Aaradhya Shinde 24, Jash Dedhia 19, Aditya Dev 17, Suryansh Shedge 15.  Vishvaruben Kumar 3-29.
Melayu Malaysia 132-7 (32.5 over) Haikal Khair kekal 41, Nabil Azhar 19, Haziq Farhan Aziyan 16, Nur Ainoll Aziz 11.  
Pemain terbaik: Haiqal Khair (Melayu Malaysia).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Mat Rani Seman (KEL).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).

Sri Lanka kalahkan Bangladesh dengan 192 larian.
Sri Lanka 249-3 (40 over) Kamil Mishara kekal 109, Ravindu De Silva 61, Shamaaz Mohamed 58.
Bangladesh 57 (13.5 over) Abdulla Jesan 13, Shoabul Alam Fahim 12.  Janidu Wathsala 3-8, Avishka Tharindu 3-17, Sandun Mendis 2-16.
Pemain terbaik: Kamil Mishara (Sri Lanka).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (PER) & Rosman Zakaria (KED).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
Afrika Selatan kalahkan Thailand dengan 10 wiket.
Thailand 53 (23.1 over) Suwat Rastanaumnuaykool 23.  Matthew Ludditt 3-6, Uthmaan Abrahams 2-5, Mark Kleinhans 2-6, Aidan Rooke 2-12.
Afrika Selatan 56-0 (8.5 over) Keegan Mountjoy kekal 27, Ruan Terblanche kekal 27.
Pemain terbaik: Matthew Ludditt (Afrika Selatan).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Shafizan Shahriman (NS).
Referi perlawanan: Mohidin Hashim (SEL).
 
JADUAL 5 APRIL 2016:
 
MELAYU MALAYSIA lwn THAILAND
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
AFRIKA SELATAN lwn BANGLADESH
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
INDIA lwn SRI LANKA
(RSC Kiara, 9.30 pagi)