Melayu Malaysia atasi Bangladesh dengan 12 larian

KUALA LUMPUR - Tuan rumah, Melayu Malaysia mengiringi juara bertahan, Sri Lanka untuk memenangi perlawanan hari pertama Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa pada 3 April 2016.

Sri Lanka juara sembilan kali kejohanan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar itu mengatasi pemenang ketiga tahun lepas, Afrika Selatan dengan tujuh wiket di RSC Kiara.


Melayu Malaysia cuma dapat melakukan 124-7 sewaktu sesi pukulan tetapi kembali bertenaga dalam sesi memadang apabila menjinakkan Bangladesh setakat 112 untuk memenangi pertemuan itu dengan 12 larian di Bayuemas Oval, Klang.

Dua pemutar, Nur Ainoll Aziz (3-16) dan Vishvaruben Kumar (3-21) bergaya meranapkan kegarangan pemukul pertengahan Bangladesh untuk memastikan tuan rumah lebih bersemangat menghadapi India pada 4 April.

''Kami dalam keadaan cemas kerana gagal meletakkan angka tinggi sewaktu memukul. Apa pun tahniah kepada barisan pembaling yang membawa kejayaan Melayu Malaysia,'' kata pengurus pasukan, Mohsain Hashim.

Dalam satu lagi perlawanan, India menumbangkan pendatang baharu, Thailand dengan tujuh wiket di Kinrara Oval.


KEPUTUSAN:

Melayu Malaysia kalahkan Bangladesh dengan 12 larian.
Melayu Malaysia 124-7 (40 over) Nur Ainoll Aziz kekal 50, Nashrullah Saleh kekal 17, Afif Harith Sujak 12.  Robiul Hasan Riyad 2-26, Mekail Alam Rabbi 2-28.
Bangladesh 112 (37.3 over) Menhaz Uddin 25, Mekail Alam Rabbi 18.  Aidil Iman Yahaya 3-11, Nur Ainoll Aziz 3-16, Vishvaruben Kumar 3-20.
Pemain terbaik: Nur Ainoll Aziz (Melayu Malaysia).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Mat Rani Seman (KEL).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
 
India kalahkan Thailand dengan 7 wiket.
Thailand 110 (31.4 over) Payuputh Sungnard 41, Sarawut Saengchan 22.  Dev Patel 4-7, Aaradhya Shinde 2-16.
India 111-3 (24.4 over) Suryansh Shedge 60, Aditya Dev 21.
Pemain terbaik: Suryansh Shedge (India).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Ariffin Ramly (NS).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
Sri Lanka kalahkan Afrika Selatan dengan 7 wiket.
Afrika Selatan 105-9 (40 over) Jason Alexander 26, Ethan Nates 15, Jan Nicol Loftie-Eaton 15, Ruan Terblanche 10.  Sandun Mendis 2-4, Kamil Mishara 2-32.
Sri Lanka 106-3 (16.4 over) Kamil Mishara 47, Ravindu De Silva 15, Manisha Perera kekal 11.
Pemain terbaik: Kamil Mishara (Sri Lanka).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Fhadli Ishak (NS).
Referi perlawanan: Mohidin Hashim (SEL).

JADUAL 4 APRIL 2016:
 
MELAYU MALAYSIA lwn INDIA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
SRI LANKA lwn BANGLADESH
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
THAILAND lwn AFRIKA SELATAN
(RSC Kiara, 9.30 pagi)