Bukit Petaling, Pekan layak ke pusingan akhir

KUALA LUMPUR - Bukit Petaling dan Pekan mara ke pusingan akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bermula 23 hingga 29 Mei ini setelah melepasi saingan kelayakan di Bayuemas Oval pada 13 Februari 2016.

Bukit Petaling dari Kuala Lumpur menang kedua-dua perlawanan kelayakan manakala Pekan (Pahang) mara setelah menewaskan Kuala Lipis, juga dari Pahang, dengan enam wiket.

''Malang kepada Kuala Lipis. Setelah menjadi juara dan merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji pada 2014, kami tidak mampu mengulangi kegarangan ini.

''Kami akan melakukan persediaan serius untuk kelayakan musim 2017,'' kata penyelaras Kuala Lipis, Ridzuan Ludin.

KEPUTUSAN KELAYAKAN:

Bukit Petaling kalahkan Kuala Lipis dengan 10 wiket.
Kuala Lipis 58 (13 over) Saifullah Ilham Muhaider kekal 14.  Hisham Malek 2-0, Sidharth Karthik Rajaratnam 2-13.
Bukit Petaling 59-0 (8 over) Ammar Hisham kekal 30, Sachinu Hettige 17.

Bukit Petaling kalahkan Pekan dengan 7 wiket.
Pekan 66-5 (15 over) Hafiz Asyraf Roslan 12, Iezzat Muzameer Firdaus Ahmad 11, Iqbal Hanif Ramley 10.  Humaira Batrisyia Rani 2-13.
Bukit Petaling 67-3 (7.4 over) Sachinu Hettige 23, Sharveen Suren kekal 16.  Hafiz Asyraf Roslan 2-16.

Pekan kalahkan Kuala Lipis dengan 6 wiket.
Kuala Lipis 88-6 (15 over) Fakhrul Haziq Zahid Maulana 22, Syafiq Qushairi Shahabudin kekal 16, Saifullah Ilham Muhaider 15.  Iqbal Hanif Ramley 3-12, Hafiz Asyraf Roslan 2-19.
Pekan 89-4 (11.5 over) Aizat Badrul Hisham 21, Iqbal Hanif Ramley 13.  Hanafi Ghazali 2-13.