Kriket Melayu masih menunggu tarikh pertemuan

KUALA LUMPUR - Persatuan Kriket Malaysia (MCA) masih belum lagi memberikan tarikh mesyuarat susulan dengan badan pembangunan kriket di Malaysia, Persatuan Kriket Melayu Malaysia.

Timbalan Setiausaha Kriket Melayu, M. Najib Hassan berkata pihaknya masih lagi menunggu ketetapan MCA mengenai pertemuan yang dirancang selepas mesyuarat kedua-dua badan berkenaan yang turut dihadiri Yang Dipertua Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid 25 November lepas.


''Saya telah diarahkan untuk mengadakan mesyuarat susulan bagi membincangkan pelbagai kerjasama termasuk bangkitan daripada pertemuan pertama.

''Antara perkara penting ialah perancangan kegiatan 2016, pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan khusus bagi Sukan SEA 2017, pembangunan pemain perempuan, pendedahan serta penempatan di luar negara,'' katanya.

Urus setia Kriket Melayu telah beberapa kali menghubungi Setiausaha MCA, Iqbal Kassim Ali tetapi dia masih belum dapat menetapkan tarikh pertemuan itu.

Najib berkata, dua lagi pegawai Kriket Melayu yang dipilih bagi pertemuan itu ialah Sham Jalil (juga timbalan setiausaha) dan Rusli Asri.

Pada 25 November lalu, MCA  dan Kriket Melayu bersepakat untuk bertemu bagi merancang tanggungjawab bersama membangunkan sukan kriket ke tahap lebih tinggi. Di peringkat antarabangsa, Malaysia kini berada pada kedudukan ke-23.

NAJIB HASSAN

 

RUSLI ASRI

 

SHAM JALIL