Sultan Selangor terima warkah pelantikan Penaung Kriket Melayu
Wednesday, 26 August 2009 08:56

Turut hadir dalam majlis ringkas penyerahan warkah berkenaan ialah dua Naib Presiden Kriket Melayu, Datuk Ar. Mir Shahariman Shaharuddin dan Tan Sri Wan Mohd. Zahid Noordin serta setiausaha agung, Rosmanizam Abdullah.
Majlis Kriket Melayu telah memutuskan pelantikan DYMM Sultan Selangor itu dalam mesyuarat majlis 31 Mac 2009 di Bayuemas Oval, Klang berpandukan peraturan 23 perlembagaan persatuan.
Sedikit perubahan jawatan berlaku dalam kepemimpinan Kriket Melayu selepas kemangkatan DYMM Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman 27 Disember 2008 yang memegang jawatan presiden sejak tahun 1994.