Melayu Malaysia bakal pertahan kegarangan di Sri Lanka

KUALA LUMPUR – Pasukan kriket bawah 14 Melayu Malaysia akan memastikan kegarangan aksi seperti musim-musim lepas akan dikekalkan sewaktu mengharungi siri perlawanan pendedahan  di Sri Lanka bermula 4 hingga 13 November 2015.

Tahun 2014, barisan bawah 14 Melayu Malaysia cuma kalah satu perlawanan apabila bersaing dengan pasukan bawah 14 tempatan yang ternama.


Skuad Melayu Malaysia akan memulalakan perlawanan 40 over pertama menentang St. Sebastian College esok diikuti enam lagi pertemuan.

‘’Kami memulakan program dengan Persatuan Kriket Sekolah-Sekolah Sri Lanka sejak 15 tahun lepas. Setiap tahun pemain bawah 14 dihantar beraksi di sana untuk menimba pengalaman.

‘’Sri Lanka merupakan negara terbaik dalam pembangunan kriket peringkat sekolah-sekolah di dunia,’’ kata Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob.

Sejak lima tahun kebelakangan ini, program pembangunan kriket nasional ditaja Yayasan Sime Darby. Segala belanja  sesi pendedahan antarabangsa termasuk penempatan di luar negara mendapat sokongan daripada pihak berkenaan.

PEMAIN & PEGAWAI

Haiqal Khair, Su’aidi Razali, Afif Harith Sujak, Saiful Hakimi Mehat, Aidil Iman Yahaya, Faqhrul Asyraf Nordin, Vishvaruben Kumar, Hakim Harisan, Farouq Mustakim, Nur Ainoll Aziz, Nashrullah Saleh, Omar Abu Bakar, Aiman Nur Hakim Johari, Nabil Azhar, Haziq Farhan Aziyan.
Pengurus: Nor Azlan Shah Redhun
Jurulatih: Pramuka Liyanage
Pengadil: Ariffin Ramly.

JADUAL:
4 Nov: Melayu Malaysia lwn St. Sebastian College.
5 Nov: Melayu Malaysia lwn St. John’s College
7 Nov: Melayu Malaysia lwn Panadura CC
8 Nov: Melayu Malaysia lwn Panadura Sports Club
9 Nov: Melayu Malaysia lwn St. Thomas College
10 Nov: Melayu Malaysia lwn Marian Cooray
12 Nov: Melayu Malaysia lwn Nalanda College

 

 

PASUKAN kriket bawah 14 Melayu Malaysia bersama pegawai bersemangat sebelum berlepas ke Sri Lanka bagi menyertai siri pertemuan pendedahan di negara berkenaan.