UKM mara dengan kemenangan tipis

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menang tipis dengan lapan larian ke atas Sir Syed University of Engineering dalam pusingan kedua di Bayuemas Oval, Klang pada 15 Oktober 2015.

Dengan kemenangan itu, UKM akan bertemu BMS Northumbria University dari Sri Lanka dalam babak akhir juga di Bayuemas Oval 17 Oktober ini.

Wakil Sri Lanka itu menumbangkan Daffodil International University (Bangladesh) dengan 51 larian di UKM Oval, Bangi.

''Kami tidak menjangka boleh seteruk ini apabila memukul. Terkeluar semua pemukul dalam 27 over amat memalukan. 

''UKM akan memastikan aksi terbaik dalam perlawanan akhir,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Perlawanan penentuan ketiga akan berlangsung di Bayuemas Oval manakala penentuan kelima di UKM Oval, Bangi pada 16 Oktober.

KEPUTUSAN:

BMS Northumbria University kalahkan Daffodil International University dengan 51 larian.
BMS Northumbria University 177 (39.2 over) Manoj Saratchandra 88, Usman Ishak 22, Janith Liyanage19, Javed Bongso 16. Shahin Kabir 4-15, Abdul Halim 2-32, Salehin Rifat Shad 2-40.
Daffodil International University 126 (31.5 over) Hakimur Rahman 40, Salehin Rifat Shad 34, Moinul Islam 29. Dinal Fonseka 5-27, Akthab Cader 3-7, Usman Ishak 2-11.
Pemain terbaik: Manoj Saratchandra (BMS Northumbria University)
Pengadil: Fhadli Ishak (NS) & Zaidan Taha Hasim (KEL). 
 
Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Sir Syed University of Engineering dengan 8 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 100 (27 over) Norhamizan Hamidon 32, Fitri Sham 23, Shafiq Sharif 13, Faruq Hakimin Azmi 11. Junaid Naeem 4-8, Abdul Haseeb Khan 3-28.
Sir Syed University of Engineering 92 (35.5 over) Junaid Naeem 26, Subhan Khan 21. Nik Azril Arifin 4-21, Anwar A. Rahman 4-33.
Pemain terbaik: Nik Azril Arifin (Universiti Kebangsaan Malaysia).
Pengadil: Afiffin Ramly (NS) & Redzuan Shahadan (SEL).
 
JADUAL 16 OKTOBER:
 
PENENTUAN KETIGA
DAFFODIL INTERNATIONAL UNIVERSITY lwn
SIR SYED UNIVERSITY OF ENGINEERING 
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
PENENTUAN KELIMA
CHRIST UNIVERSITY lwn
NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY
(UKM Oval, 9.30 pagi)