UKM, BMS Northumbria University yakin mara

KUALA LUMPUR - BMS Northumbria University dari Sri Lanka menduduki tangga teratas kumpulan B apabila menumbangkan Sir Syed University of Engineering dari Pakistan dengan empat wiket dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval, Bangi pada 14 Oktober 2015.

Dengan kedudukan berkenaan, Northumbria University akan bertemu naib johan kumpulan A, Daffodil International University (Bangladesh) dalam pusingan kedua pada 15 Oktober. Daffodil membenam wakil Singapura, Nanyang Technological University dengan 163 larian di Bayuemas Oval, Klang pada 14 Oktober.

 


Juara kumpulan A ialah juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia yang akan berentap dengan Sir Syed University of Engineering dalam pertemuan di UKM Oval.

''Nampaknya peluang untuk bermain dalam babak akhir Sabtu ini (17 Oktober) masih terbuka luas dan UKM dirasakan tiada masalah, '' kata pengurusnya, Fairus Shafie.

BMS Northumbria University juga yakin dapat menandingi    lawannya dari Bangladesh.

''Kami yakin mampu menjinakkan mereka terutama sekali bermain di Bayuemas Oval. Gelanggang ini antara yang terbaik di dunia tetapi perlu berhati-hati jika memukul pada sebelah pagi,'' kata pengurus BMS Northumbria University, Senarath Alwis.

Kejohanan tahunan itu dianjurkan oleh UKM dengan sokongan Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 2008.

KEPUTUSAN:

BMS Northumbria University kalahkan Sir Syed University of Engineering dengan 4 wiket.
Sir Syed University of Engineering 93 (37 over) Faraz Hussain 17, Hassan Jawed 14, Saud Shakeel 11, Bahadur Ali 11. Ramith Gunarathna 2-15, Rishen Mathngaveera 2-16.
BMS Northumbria University 97-6 (27.2 over) Janit Liyanage 32, Javeed Bongso 20. Junaid Naeem 3-24.
Pemain terbaik: Janit Liyanage (BMS Northumbria University).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Bertle Alex James (NS).

Daffodil International University kalahkan Nanyang Technological University dengan 163 larian.
Daffodil International University 196-9 (40 over) Mahbubul Alam Anik 61, Salehin Rifat Shad 56, Shahin Kabir 33, Tajul Islam Niloy 17. Singaram Venkatachalam 2-40, Dhiraj Singh 2-16, Karthikeyan Siddarth 2-19.
Nanyang Technological University 33 (17 over) Saran Sanchar 10. Salehin Rifat Shad 8-4.
Pemain terbaik: Salehin Rifat Shad (Daffodil International University).
Pengadil: Redzuan Shahadan (SEL) & Rudy Ismandi Mansor (Perak).

JADUAL 15 OKTOBER:

(Pusingan kedua)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA lwn
SIR SYED UNIVERSITY OF ENGINEERING
(UKM Oval, 9.30 pagi)

DAFFODIL INTERNATIONAL UNIVERSITY lwn
BMS NORTHUMBRIA UNIVERSITY
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)