Wakil Bangladesh hampir kejutkan UKM

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menang tipis empat larian ke atas Daffodil International University dari Bangladesh dalam saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di UKM Oval, Bangi pada 13 Oktober 2015.

Dengan hanya 169 larian, tuan rumah cemas sebelum menamatkan pukulan lawan setakat 165 dalam 38.4 over.


''Buat kali pertama dalam sejarah kejohanan sejak dianjurkan pada 2008, keadaan mencemaskan berlaku kepada UKM pada pusingan awal.

''Ini berlaku kerana pemukul yang diharapkan tersungkur awal,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Apapun, UKM yang menjadi juara kumpulan A akan memastsikan  kelemahan diatasi untuk aksi sebenar pada separuh akhir 15 Oktober ini.

Dalam satu lagi perlawanan,  Sir Syed University of Engineering dari Pakistan menumbangkan finalis 2014, Christ University dari India dengan enam wiket di Bayuemas Oval, Klang.

KEPUTUSAN:

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Daffodil International University (Bangladesh) dengan 4 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia 169 (38.5 over) Faruq Hakimin Azmi 31, Norhamizan Hamidon 31, Fikri Makram Rosdi 28, Shafiq Sharif 16, Noor Afif Saufee 15, Amiruddin Azahar 13.  Shahin Kabir 4-43, Raju Ahmed 2-29.
Daffodil International University 165 (38.4 over) Moinul Islam 56, Hakimur Rahman 37, Salehin Rifat Shad 15, SK Rezwan Kabir Siddique 14, Tajul Islam Niloy 10.  Mahadi Muda 4-22, Fitri Sham 2-22, Faruq Hakimin Azmi 2-41.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (UKM).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (KEL) & Fhadli Ishak (NS).
 

Sir Syed University of Engineering (Pakistan) kalahkan Christ University (India) dengan 6 wiket.
Christ University 101 (30.3 over) s. Sidhanth 30, S. Venkatesh 14, Ankit Mishra 13, FS Nihal 12.  Abdul Haseeb Khan 3-28, Saud Shakeel 2-Faraz Hussain 2-16.
Sir Syed University of Engineering  105-4 (20.4 over) Saud Shakeel kekal 62, Hassab Jawed 21.  Monith Gandhi 2-34.
Pemain terbaik: Saud Shakeel (Sir Syed University of Engineering (Pakistan)
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Rudy Ismandi Mansor (Perak).
 
JADUAL 14 OKTOBER:

NANYANG TECHNOLOGICAL UNIVERSITY  lwn
DAFFODIL INTERNATIONAL UNIVERSITY
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)

BMS NORTHUMBRIA UNIVERSITY lwn
SIR SYED UNIVERSITY OF ENGINEERING  
(UKM Oval, 9.30 pagi)