UKM menang besar dalam perlawanan pembukaan

KUALA LUMPUR - Tuan rumah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menang besar 244 larian ke atas Nanyang Technological University dari Singapura dalam pembukaan saingan Kriket Undangan Antara Varsiti Antarabangsa di Bayuemas Oval pada 12 Oktober 2015.

Setelah mengumpulkan 312 dalam, juara bertahan itu melenyapkan impian wakil Singapura itu dengan hanya membenarkan lawan mengetuk 68 larian dalam 17.2 over.

''Kami bersemangat untuk membaham mangsa kedua dalam perlawanan seterusnya khusus bagi mengekalkan kegarangan,'' kata pengurus UKM, Fairus Shafie.

Dalam satu lagi perlawanan, wakil Sri Lanka, BMS Northumbria University menewaskan naib juara tahun lepas, Christ University dari India dengan 28 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis kerana gangguan hujan di UKM Oval, Bangi.

KEPUTUSAN:

BMS Northumbria University kalahkan Christ University dengan 28 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis. Sasaran 128 larian dalam 31 over.
Christ University 179-9 (40 overs) Ankit Mishra 51, Sidhant 37, Nihal F.S 30, Venka Tesh.S 14, Amit Chand 10, Madan. B 10, Abilash 10. Dinal Fonseka 2-23, Janit Liyanage 2-21.
BMS Northumbria University 156-5 (31.5 overs) Manoj Saratchandra kekal 79, Gamit Gunarathna 23, Asiri Wickramanayake 21, Dinal Fonseka 12. Askhay Kumar 2-30.
Permain Terbaik: Manoj Saratchandra (Northumbria University)
Pengadil: Bertle A. James (NS) & Fhadli Ishak (NS)

Universiti Kebangsaan Malaysia kalahkan Nanyang Technological University dengan 244 larian
UKM 312 (39.3 over) Shafiq Sharif 72, Adam Zulkifli 69, Ahmad Norhamizan Hamidon 67, Fauzan Malik 44, Fikri Makram Rosdi 20. Vidur Sharma 4-53, Karthikeyan Siddarth 3-47, Ramakrishnan Vrajaraj 2-44.
Nanyang Technological University 68 (17.2 over) Karthikeyan Siddrath 22, Saran Sanchar 15, Dhiraj Singh 15. Anwar A. Rahman 3-16, Nazril A. Rahman 3-12, Fitri Sham 3-29.
Permain Terbaik : Shafiq Sharif (UKM)
Pengadil : Rudy Ismandi Mansor (Perak) & Ariffin Ramly (NS)

JADUAL 13 OKTOBER 2015:
Universiti Kebangsaan Malaysia lwn Daffodil International University (Bangladesh)
(UKM Oval, 9.30 pagi)

Christ University (India) lwn Sir Syed University of Engineering (Pakistan)
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)