Siechem atasi Bright Sports untuk tempat ketiga

KUALA LUMPUR - Siechem dari India yang membuat penampilan pertama dalam saingan Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa berjaya menduduki tangga ketiga apabila menewaskan wakil Bangladesh, Bright Sports dengan 69 larian dalam perlawanan penentuan kedudukan berkenaan di Bayuemas Oval pada 3 Oktober 2015.

Siechem yang memukul terdahulu garang di lapangan tengah setelah mengumpulkan 289-9 dalam peruntukan 50 over. Nathan Pillai (83 larian tanpa tewas) dan kapten pasukan, Rohit Damodaren (62) memastikan pasukan dari Chennai, India itu memiliki kelebihan.


Dalam misi mengejar angka lawan, Bright Sports tidak berkeupayaan dan terhenti pukulan setakat 220 dalam 48.1 over).

''Saya amat kecewa dalam pencapaian Bright Sports tahun ini. Jika diundang tahun hadapan, saya berjanji akan membawa pasukan hebat,'' kata ketua kontinjennya, SM Mortuza Raihan.

KEPUTUSAN:

Siechem kalahkan Bright Sports dengan 69 larian.
Siechem 289-6 (50 over) Nathan Pillai kekal 83, Rohit Damodaran 62, Dinesh Sampath Kumar 39, Vignesh Sundaram 34, Anbu Ezhil kekal 31, Gunaseelan Rajan 22.  SM Raihan Sharif 3-40, Mohammed Imrul Karim 2-57.
Bright Sports 220 (48.1 over) SK Waliul Karim Roni 68, SM Raihan Sharif 37, Md. Abul Hashem 30, Md. Aslam Ali 24, Nayeebuddin Ahmad 16, Md. Mouin Uddin Rubel 14.  Anbu Ezhil 5-38, AC Prathiban 3-43.
Pemain terbaik: Anbu Ezhil (IND).
Pengadil: Chaminda Hathurusinghe (LKA) & Shafizan Shahriman (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS).

JADUAL 4 OKTOBER 2015
(BABAK AKHIR)
 
MELAYU MALAYSIA lwn CHILAW MARIANS
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)