Melayu Malaysia, Chilaw Marians layak ke babak akhir

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia dan juara bertahan, Chilaw Marians akan berentap bagi tahun kedua dalam babak akhir Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa, 4 Oktober ini.  

Kedua-dua pasukan yang merupakan finalis tahun lalu mara ke pertemuan akhir apabila mengatasi lawan masing-masing dalam pusingan kedua pada 2 Oktober.


Di RSC Oval, Bukit Kiara, juara bertahan dari Sri Lanka itu, membenam Siechem dari India dengan empat wiket. Di Bayuemas Oval pula, tuan rumah mengatasi wakil Bangladesh, Bright Sports dengan tujuh wiket.

''Dalam perlawanan akhir apa pun boleh terjadi dan kami mengharapkan keputusan terbaik kelak,'' kata pengurus Melayu Malaysia, Khailani A. Jalil.

Bright Sports yang memukul terdahulu semalam hanya mengumpulkan 93 larian. Melayu Malaysia memintas angka berkenaan dalam 29.2 over.

Siechem pula masih tidak berkemampuan menghentikan kemaraan Chilaw Marians walaupun mengumpulkan 193-9.

Kejohanan tahunan yang dianjurkan sejak tahun 2012 bagi merebut Piala Tun Ahmad Sarji turut menyediakan hadiah wang lumayan.

KEPUTUSAN:

Melayu Malaysia kalahkan Bright Sports dengan 7 wiket.
Bright Sports 93
(32.4 over) SK Waliul Karim Roni 23, Md. Aslam Ali 14, Injamamul Hoque 13, Mohammed Tanvir Hossain kekal 10.  Anwar A. Rahman 3-25, Syazrul Ezat Idrus 3-26, Rashid Ahad 2-9, Nazril A. Rahman 2-24.
Melayu Malaysia 97-3 (29.2 over) Faruq Hakimin Azmi 40, Shafiq Sharif kekal 22, Faris Almas-Lee kekal 12, Fikri Makram Rosdi 11.
Pemain terbaik: Syazrul Ezat Idrus (MAS).
Pengadil
: Asoka de Silva (LKA) & Shafizan Shahriman (MAS).
Referi
: A. Salim Hussin (MAS).
 
Chilaw Marians kalahkan Siechem dengan 4 wiket.
Siechem 193-9
(50 over) Rohit Damodaran 50, Nathan Pillai 25, Avaikkarasan Sekar 25, Gunaseelan Rajan 21, Anbu Ezhil 19, Dinesh Sampath Kumar 13.  Chalana de Silva 3-26, Umesh Karunaratne 3-39, Saliya Saman 2-19.
Chilaw Marians 196-6 (48.3 over) Kasun Vidura kekal 70, Saliya Saman kekal 33, Chalana de Silva 24, Thikshila de Silva 22, Umesh Karunaratne 18.  Avaikkarasan Sekar 2-15.
Pemain terbaik: Kasun Vidura (LKA).
Pengadil: Chaminda Hathurusinghe (LKA) & Rosman Zakaria (MAS).
Referi: Alwi Zaman (MAS).

JADUAL 3 OKTOBER
(PENENTUAN KETIGA)


BRIGHT SPORTS lwn SIECHEM
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
JADUAL 4 OKTOBER
 (BABAK AKHIR)
 
MELAYU MALAYSIA lwn CHILAW MARIANS
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)