Melayu Malaysia, Chilaw Marians menang lagi
Wednesday, 30 September 2015 20:27
KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia dan juara bertahan, Chilaw Marians dari Sri Lanka menang lagi pada pertemuan masing-masing dalam Kriket Undangan Antara Kelab Antarabangsa, 30 September 2015.
Melayu Malaysia menewaskan wakil India, Siechem dari Chennai dengan tiga wiket di Bayuemas Oval, Klang manakala di RSC Oval, Bukit Kiara, wakil Bangladesh, Bright Sports tumbang dengan empat wiket kepada Chilaw Marians.
Bagi pertemuan pusingan kedua 2 Oktober, Melayu Malaysia akan berentap dengan Bright Sports di Bayuemas Oval manakala Chilaw Marians menentang Siechem di RSC Oval.
''Saya tidak berpuas hati langsung dengan persembahan kami. Dua hari kalah berterusan adalah sesuatu yang tidak boleh dimaafkan. Saya sudah arahkan jurulatih melakukan latihan penyesuaian esok (1 Oktober),'' kata ketua rombongan Siechem, Pondy Darmodaran.
Siechem hanya memukul setakat 106 dalam 43.1 over sebelum tuan rumah mengatasi angka berkenaan dalam 29 over.
Sementara itu, Bright Sports tersekat pukulan dalam hanya 24.1 over berikutan serbuan hebat daripada pembaling Chilaw Marians. Dengan hanya 101 larian, lawan dari Sri Lanka itu melakukan 104-6 dalam 17.1 over.
''Setakat ini saya merasakan tiada masalah besar untuk kami menjulang lagi Piala Tun Ahmad Sarji yang dimenangi sejak tahun 2012.,'' kata pengurus Chilaw Marians, Godfrey Dabrera.
KEPUTUSAN:
Melayu Malaysia kalahkan Siechem dengan 3 wiket.
Siechem 106 (43.1 over) Avaikkarasan Sekar 30, Dinesh Sampath Kumar 15, Nathan Pillai 10. Nazril A. Rahman 3-17, Rashid Ahad 3-18, Faruq Hakimin Azmi 2-20.
Melayu Malaysia 108-7 (29 over) Faruq Hakimin Azmi 31, Rashid Ahad 18, Fikri Makram Rosdi 17, Faris Almas-Lee kekal 14, Anwar Arudin 12. Vasudevan Varadachari 2-18, AC Prathiban 2-41.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (MAS).
Pengadil: Asoka de Silva (LKA) & Ariffin Ramly (MAS).
Referi: A. Salim Hussin (MAS).
Chilaw Marians kalahkan Bright Sports dengan 4 wiket.
Bright Sports 101 (24.1 over) SM Raihan Sharif 25, Md. Mouin Uddin Rubel 17, Waliul Karim Roni 16, Mohammed Imrul Karim 12. Akalanka Ganegama 5-39, Umesh Karunaratne 2-14, Dinuk Hettiarachchi 2-24.
Chilaw Marians 104-6 (17.1 over) Thikshila de Silva 45, Shashrika Pussegolla kekal 19, Nimesh Perera kekal 12, Rukshan Fernando 11, Chalana de Silva 11. Md. Nahidul Islam 2-24.
Pemain terbaik: Akalanka Ganegama (LKA).
Pengadil: Chaminda Hathurusinghe (LKA) & Faizshal Niaz-Lyn (MAS).
Referi: Alwi Zaman (MAS).
JADUAL 2 OKTOBER:
(Pusingan kedua)
MELAYU MALAYSIA lwn BRIGHT SPORTS
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
SIECHEM lwn CHILAW MARIANS
(RSC Oval, 9.30 pagi)