SMK Tinggi Kajang atasi Segambut Jaya dengan kelebihan ining pertama

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang meneruskan penguasaan dalam Cabaran Projek Kriket Nasional apabila mengatasi SMK Segambut Jaya dengan kelebihan ining pertama dalam babak akhir di Bayuemas Oval dekat sini pada 13 September 2015.

Dengan kelebihan 65 larian itu, SMK Tinggi Kajang memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran untuk tahun keempat berturut-turut.


Bermula pada 12 September, SMK Segambut Jaya dari Kuala Lumpur cuma melakukan 113 larian manakala lawannya dari Selangor itu menamatkan ining pertama pagi semalam dengan 178.

Apapun, dalam ining kedua, SMK Segambut Jaya membalas yakin dengan 164-8 dalam 38 over sebelum hujan lebat menyaksikan perlawanan berkesudahan tanpa keputusan. Daripada jumlah berkenaan, pemain bawah 19 Malaysia, Zubaidi Zulkifle mengumpulkan 105 larian.  

''Kami tumpas tetapi ini merupakan tahun pertama bergelut dalam babak akhir. Tahun 2016 mungkin akan membawa kecemerlangan,'' kata penyelaras SMK Segambut Jaya, Siti Hajar Illyas.

Turut hadir dalam babak akhir ialah Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Khair Mohamad Yusof; Ketua Pengarah Pelajaran 2005-2007 Datuk Ahmad Sipon, Ketua Pengarah Pelajaran 2007-2010 Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom, Ketua Pengarah Pelajaran 2010-2013 Tan Sri A. Ghafar Mahmud dan Ketua Sektor Pendidikan Sukan Kementerian Pelajaran Dr. Zuber Hassan.

KEPUTUSAN:

Ining pertama:
SMK Segambut Jaya 113 (44.5 over) Shahriel Aizat Nor Azmi 30, Faizrul Muhd. Shah 30, Jihad Fayez Jailani 12, Nor Farhan Sohud 12.  Nizamuddin Azhar 3-29, Trisman Rudi 2-22.   
SMK Tinggi Kajang 178 (60 over) Amdam Wiliyoh 52, Trisman Rudi 48, Fatah Ibrahim 27, Fahmi Azmin 19.  Saiful Hakimi Mehat 4-30, Shahriel Aizat Nor Azmi 3-12.  
Ining kedua:
SMK Segambut Jaya 164-8 (38 over) Zubaidi Zulkifle 105, Amirul Zubair Zulkifle 15, Ammar Uzair Fakri 13.  Amdam Wiliyoh 3-22, Trisman Rudi 2-26, Fatah Ibrahim 2-36
Keputusan: Seri (SMK Tinggi Kajang juara apabila dahului ining pertama dengan 65 larian)
Pemain terbaik babak akhir: Amdam Wiliyoh (SMK Tinggi Kajang).
Pemain terbaik kejohanan: Amdam Wiliyoh (SMK Tinggi Kajang).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Rosman Zakaria (KED).