Pembangunan kriket di KL, Selangor terus diperhebat

TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM (berdiri, tengah) bersama pegawai Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan pemain Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free yang memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran apabila mengalahkan SMK Victoria di Bayuemas Oval, 26 Julai 2009.KUALA LUMPUR - Program Projek Kriket Nasional akan bertambah lagi buat peringkat awal di Selangor dan Kuala Lumpur dengan sokongan yang bakal diberikan oleh Kementerian Pelajaran.

Timbalan Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia , Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob berkata, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom telah menyarankan agar sekurang-kurang empat sekolah dikenal pasti oleh pertubuhan itu untuk dijadikan sekolah projek awal tahun depan.

Sehubungan itu dalam perbincangan 26 Julai 2009 di Bayuemas Oval sempena babak akhir Cabaran Projek Kriket Nasional merebut Piala Ketua Pengarah Pelajaran, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Lumpur, Nik Anuay Abdullah ditugaskan untuk mengemukakan cadangan empat sekolah berkenaan kepada Kementerian Pelajaran.

Buat masa ini, Kriket Melayu terus mengepalai program pembangunan kriket di Malaysia dengan menampilkan 17 pusat Program Pembanguan Kriket Remaja di seluruh negara di samping Projek Kriket Nasional – Pembangunan Menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free, Sekolah Menengah Kebangsaan Victoria, Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor.

Alimuddin mencadangkan agar banyak lagi sekolah menumpukan pembangunan secara serius dalam kriket dan bagi peringkat permulaan, kementeriannya ingin melihat penambahan penyertaan sekolah di Selangor dan Kuala Lumpur .

Senarai pemain yang menyertai Projek Kriket Nasional di ketiga-tiga sekolah berkenaan dilatih oleh jurulatih kontrak bertauliah dari luar negara yang dibekalkan oleh Kriket Melayu manakala program bawah 12 dikendalikan oleh jurulatih setempat.

Menurut Alimuddin, Bahagian Sukan Seni & Kokurikulum akan dipertanggungjawabkan sama dalam urusan terakhir pewujudan sekolah projek seperti yang dilakukan kepada SMK Tinggi Kajang tahun 2007 lalu.
 
TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM (berdiri, tengah) bersama pegawai Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan pemain Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free yang memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran apabila mengalahkan SMK Victoria di Bayuemas Oval, 26 Julai 2009.
TAN SRI ALIMUDDIN MOHD. DOM (berdiri, tengah) bersama pegawai Persatuan Kriket Melayu Malaysia dan pemain Sekolah Menengah Kebangsaan Penang Free yang memenangi Piala Ketua Pengarah Pelajaran apabila mengalahkan SMK Victoria di Bayuemas Oval, 26 Julai 2009.