Negeri Sembilan rangkul Trofi Tun Ahmad Sarji

KOTA BHARU - Negeri Sembilan menjuarai Cabaran Kriket Pantai Timur sekali gus merangkul Trofi Tun Ahmad Sarji apabila mengatasi Kelantan dengan lapan wiket dalam babak akhir di IPG Oval, Pengkalan Chepa, Kelantan dekat sini pada 23 Ogos 2015.
 
Selepas memenangi undian dan meletakkan tuan rumah memukul dahulu, Negeri Sembilan berjaya  memulangkan semua pemukul Kelantan ke astaka setakat 103 larian.

Kejuaraan milik Negeri Sembilan pada over ke-15 apabila melakukan 104 untuk dua wiket dengan pemukul berasal dari Pulau Pinang, Adam Zulkifli bertahan dengan 52 manakala Zubair Asyraf Norazmi 28 tanpa tewas.

''Kami memang malang kerana pemain terlalu gopoh pada awal permainan. Inilah hasil daripada kesilapan tadi,'' kata pengurus Kelantan, Wan Nasir  Omar.

Dengan kejayaan itu, Negeri Sembilan menjadi juara mutlak saingan format Twenty20 berkenaan dengan ganjaran wang tunai lumayan.

Dalam penentuan ketiga, Tentera menumpaskan Terengganu dengan tujuh wiket.

Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hadir pada perlawanan akhir dan menyampaikan hadiah kepada pemenang. Turut sama Yang Dipertua Kriket Kelantan, Datuk Azmi Mohd. Ali dan Pengarah Majlis Sukan Kelantan, Datuk Noordin Awang.

KEPUTUSAN:

BABAK AKHIR:

Negeri Sembilan kalahkan Kelantan dengan 8 wiket.
Kelantan 103 (19.1 over) Fikri Makram Rosdi 41, Amiruddin Azahar 22, Faris Aizzat Shaari 12.  Anwar A. Rahman 3-19. 
Negeri Sembilan 104-2 (15 over) Adam Zulkifli kekal 52, Zubair Asyraf Norazmi kekal 28, Shafiq Sharif 12.  Fatah Ibrahim 2-24. 
Pemain terbaik babak akhir: Adam Zulkifli (NS).
Pemain terbaik kejohanan: Faruq Hakimin Azmi (NS).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Magathewar Murugesu (KL)

PENENTUAN KETIGA:
 
Tentera kalahkan Terengganu dengan 7 wiket.
Terengganu 96-7 (20 over) Khairul Izuan Razman 31, Fadzrin Kate-Lee 24.  Nazri Noor 2-15, Hairil Anuar 2-15..   
Tentera 102-3 (10.5 over) Syahadat Ramli kekal 40, Anwar Arudin 23, Rosman Zakaria 10.  
Pemain terbaik: Syahadat Ramli (TEN).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Ridhauddeen Ra