Kelantan berentap dengan Negeri Sembilan dalam babak akhir

KOTA BHARU - Kelantan akan berentap dengan Negeri Sembilan dalam babak akhir Cabaran Kriket Pantai Timur bagi merebut Trofi Tun Ahmad Sarji pada 23 Ogos 2015 apabila kedua-dua pasukan menang dalam pertemuan di IPG Oval. Pengkalan Chepa dekat sini pada 22 Ogos.

Skuad tuan rumah menghuni tangga paling atas pusingan awal dengan purata larian +2.972 selepas menumbangkan Terengganu dengan lapan wiket.

Negeri Sembilan pula menang besar sepuluh wiket ke atas Johor dalam hanya 4.2 over untuk memastikan skuad berkenaan mengatasi purata larian bersih Tentera. Negeri Sembilan memperoleh purata +2.971 berbanding Tentera +2.607.

Tentera yang mengatasi Pahang dengan 95 larian semalam akan menentang Terengganu untuk penentuan ketiga juga hari ini.

''Negeri Sembilan tidak akan leka dalam perlawanan akhir. Kami mahukan kejuaraan dalam saingan Twenty20 sebenar ini,'' kata ketua rombongan Negeri Sembilan, Harith Shariff.

KEPUTUSAN:

Kelantan kalahkan Terengganu dengan 8 wiket.
Terengganu 81-7 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn 26, Zahid Adnan 11.  Amiruddin Azahar 4-15.
Kelantan 82-2 (9.1 over) Amiruddin Azahar kekal 44, Khairul Azzudin Zaidi 21.
Pemain terbaik: Amiruddin Azahar (KEL).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Mat Rani Seman (KEL).
 
Tentera kalahkan Pahang dengan 95 larian.
Tentera 178-9 (20 over) Syahadat Ramli 29, Asby Tan Aris 23, Shukri Rahim 20, Rashid Ahad kekal 19, Rosman Zakaria 18.  Nizamuddin Azahar 3-37, Umar Suhaimi2-31, Ramdan Samsudin 2-34.  
Pahang 83 (18.5 over) Nizamuddin Azahar 38, Shafuan Azraf Azahan 12.  Rashid Ahad 3-110, Shukri Rahim 2-14, Nazri Noor 2-24.   
Pemain terbaik: Rashid Ahad (TEN).
Pengadil: Ridhauddeen Rashid (KEL) & Bertle Alex James (NS).

Negeri Sembilan kalahkan Johor dengan 10 wiket.
Johor 68-7 (20 over) Arif Amir kekal 18, Amin Amanda Nazrul Shah Zakaria 12, Irfan Abdullah 10.  Anwar A. Rahman 3-6, Ikmal Yazid 2-10. 
Negeri Sembilan 69-0 (4.2 over) Shafiq Sharif kekal 35, Faruq Hakimin Azmi kekal 33. 
Pemain terbaik: Anwar A. Rahman (NS).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Hafiz Zaman Huri (NS).
 
JADUAL 23 OGOS 2015:
 
BABAK AKHIR 

KELANTAN lwn NEGERI SEMBILAN
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 10 pagi)
 
PENENTUAN KETIGA

TENTERA lwn TERENGGANU
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)