Kelantan masih di tangga atas pusingan awal
Thursday, 20 August 2015 20:48
KOTA BHARU - Tuan rumah, Kelantan mengekalkan kedudukan sebagai pendahulu pusingan awal dengan kemenangan ketiga apabila menumpaskan Pahang dengan enam wiket dalam Cabaran Kriket Pantai Timur bagi merebut Trofi Tun Ahmad Sarji di IPG Oval, Pengkalan Chepa dekat sini pada 20 Ogos 2015.
Dengan hanya melakukan 92-5, Kelantan menamatkan ining permainan dalam 8.4 over. Pemain dari Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Fadli Haris A. Rahman bergembira dengan pengumpulan 31 larian.
''Kami akan berehat sehari dan kembali bersaing Sabtu ini menentang Terengganu. Menang perlawanan berkenaan akan mencerahkan peluang Kelantan bersaing dalam babak akhir,'' kata pengurus Kelantan, Wan Nasir Omar.
Dalam dua lagi perlawanan, Tentera kalahkan Johor dengan sembilan wiket manakala Negeri Sembilan terlalu garang mengatasi Terengganu dengan sepuluh wiket.
Babak akhir pertandingan anjuran Persatuan Kriket Negeri Kelantan akan berlangsung Ahad dengan kehadiran Presiden Kriket Melayu, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid.
KEPUTUSAN:
Kelantan kalahkan Pahang dengan 6 wiket.
Pahang 92-5 (20 over) Amdam Wiliyoh 35, Nizamuddin Azahar 15, Fauzan Malik 15, Ramdan Samsudin 11. Fatah Ibrahim 2-8.
Kelantan 93-4 (8.4 over) Fadli Haris A. Rahman 31, Amiruddin Azahar 13, Khairul Azzudin Zaidi 12, Mahadi Muda kekal 11, Faiz Ahmad Nasir kekal 10. Fauzan Malik 4-23.
Pemain terbaik: Fadli Haris A. Rahman (KEL).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Magathewar Murugesu (KL).
Negeri Sembilan kalahkan Terengganu dengan 10 wiket.
Terengganu 52 (18.5 over) Anwar A. Rahman 3-10, Faruq Hakimin Azmi 3-10.
Negeri Sembilan 56-0 (5.3 over) Faruq Hakimin Azmi kekal 50.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (NS).
Pengadil: Ridhauddeen Rashid (KEL) & Mat Rani Seman (KEL).
Tentera kalahkan Johor dengan 9 wiket.
Johor 58 (17.4 over) Aliman Ahmad 15. Rashid Ahad 3-7, Shukri Rahim 2-10, Nazri Noor 2-11.
Tentera 60-1 (5 over) Syahadat Ramli kekal 28, Anwar Arudin 24.
Pemain terbaik: Syahadat Ramli (TEN).
Pengadil: Magathewar Murugesu (KL) & Hafiz Zaman Huri (NS).
JADUAL 22 OGOS 2015:
KELANTAN lwn TERENGGANU
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)
PAHANG lwn TENTERA
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)
NEGERI SEMBILAN lwn JOHOR
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 1.30 petang)