Negeri Sembilan teruskan rentak cemerlang

KOTA BHARU - Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang bagi perlawanan ketiganya apabila menewaskan tuan rumah, Kelantan dengan 22 larian dalam pertemuan di IPG Oval, Pengkalan Chepa dekat sini pada 19 Ogos 2015.

Dengan meletakkan 138-7 dalam 20 over telah menyaksikan Kelantan cuma mampu membalas setakat 116-7.


Pasukan pilihan, Tentera yang mengalami satu kekalahan sebelum ini teguh apabila mengatasi Terengganu dengan enam wiket.

''Cukup menarik setakat ini di mana empat pasukan terikat dengan enam mata hasil tiga perlawanan. Kelantan masih di atas berpandukan purata larian bersih +1.81,'' kata pengarah kejohanan, Aziz Jaafar.

Dalam satu lagi perlawanan, Pahang memperoleh kemenangan pertama dengan 53 larian ke atas Johor.

Menerusi peraturan pertandingan itu, dua pasukan paling atas akan berentap untuk penetuan juara Ahad ini. Kejohanan menyediakan hadiah wang untuk juara, naib johan, pemenang ketiga dan keempat.

KEPUTUSAN:

Negeri Sembilan kalahkan Kelantan dengan 22 larian.
Negeri Sembilan 138-7 (20 over) Faruq Hakimin Azmi 70, Shafiq Sharif 29, Zubair Asyraf Norazmi 22.  Fatah Ibrahim 4-16.
Kelantan 116-7 (20 over) Amiruddin Azahar kekal 50, Fikri Makram Rosdi 22, Shahriel Aizat Nor Azmi 11.  Fitri Sham 3-22, Nik Azril Arifin 2-22.
Pemain terbaik: Faruq Hakimin Azmi (NS).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Ariffin Ramly (NS).
 
Pahang kalahkan Johor dengan 53 larian.
Pahang 171-6 (20 over) Fauzan Malik kekal 59, Amdam Wiliyoh 47, Noor Afif Saufee 47.  Hazrul Zainal 3-19.  
Johor 118-8 (20 over) Vicnesvaran Vartharajoo 26, Saifful Hawari Hussein 20, Arif Amir 15, Amin Amanda Nazrul Shah Zakaria kekal 10.  Fauzan Malik 3-10, Amdam Wiliyoh 2-28, Ramdan Samsudin 2-32.
Pemain terbaik: Fauzan Malik (PAH).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Ridhauddeen Rashid (KEL).

Tentera kalahkan Terengganu dengan 6 wiket.
Terengganu 91-9 (20 over) Ainool Hafizs Yatim 13.  Nazri Noor 2-15.
Tentera 92-4 (16.1 over) Norwira Zazmie A. Halim kekal 28, Rosman Zakaria 20, Shukri Rahim 15.  Kairul Azrin Matsiah 2-24.
Pemain terbaik: Norwira Zazmie A. Halim (TEN).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS).
 
JADUAL 20 OGOS:
 
KELANTAN lwn PAHANG
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)
 
NEGERI SEMBILAN lwn TERENGGANU
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)
 
JOHOR lwn TENTERA
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 1.30 petang)