Kelantan, Terengganu teruskan kehebatan hari kedua

KOTA BHARU - Dua pasukan pantai timur, Kelantan dan Terengganu meneruskan penguasaan pada hari kedua Cabaran Kriket Pantai Timur bagi merebut Trofi Tun Ahmad Sarji di IPG Oval, Pengkalan Chepa dekat sini pada 18 Ogos 2015.

Tuan rumah Kelantan yang menewaskan Johor pada 17 Ogos, melakukan kejutan apabila membaham Tentera dengan tujuh wiket pada saingan sebelah petang.

Terengganu pula mengatasi Johor dengan 23 larian apabila mengumpulkan 125-7 dalam peruntukan 20 over.

Dalam satu lagi pertemuan, Negeri Sembilan menang besar 88 larian ke atas Pahang.

''Kami bakal berhadapan cabaran lebih getir apabila menentang Kelantan dalam pertemuan seterus. Mengutip mata penuh kelak akan memastikan Negeri Sembilan   menambah keyakinan ke babak akhir Ahad ini,'' kata ketua kontinjen Negeri Sembilan Muammar Isaruddin Mat Isa.

KEPUTUSAN:

Negeri Sembilan kalahkan Pahang dengan 88 larian.
Negeri Sembilan 179-6 (20 over) Zubair Asyraf Nor Azmi 58, Fitri Sham 57, Faruq Hakimin Azmi 34, Shafiq Sharif 20.  Amdam Wiliyoh 2-30, Nizamuddin Azahar 2-45.
Pahang 91-9 (20 over) Ramdan Samsudin 21, Nizamuddin Azahar 17, Shafuan Azraf Azahan 12.  Anwar A. Rahman 3-10, Fitri Sham 2-2.
Pemain terbaik: Fitri Sham (NS).
Pengadil: Magathewar Murugesu (KL) & Ridhauddeen Rashid (KEL).
 
Terengganu kalahkan Johor dengan 23 larian.
Terengganu 125-7 (20 over) Faizshal Niaz-Lyn 31, Khairul Izuan Razman 22, Fadzrin Kate-Lee 19, Halimy Mohad Razak kekal 11, Nik Hasyim Muhammad kekal 11.  Aliman Ahmad 2-14, Syahir Ramli 2-25, Vicnesvaran Vartharajoo 2-26.  
Johor 102-9 (20 over) Fareed Hadi 18, Arif Amir 17, Syukran Ahmad 14, Ammar Uzair Fakri 13, Amin Amanda Nazrul Shah Zakaria kekal 12.  Fadzrin Kate-Lee 3-17, Nik Nabil Safwan Anuay 2-14, Ainool Hafizs Yatim 2-21.
Pemain terbaik: Fadzrin Kate-Lee (TER).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Bertle Alex James (NS).

Kelantan kalahkan Tentera dengan 7 wiket.
Tentera 110 (19.5 over) Hairil Anuar 30, Asby Tan Aris 24.  Amiruddin Azahar 3-16, Faiz Ahmad Nasir 3-17, Fikri Makram Rosdi 2-15.
Kelantan 112-3 (15.1 over) Fikri Makram Rosdi kekal 67, Khairul Azzudin Zaidi 23, Faiz Ahmad Nasir kekal 19.
Pemain terbaik: Fikri Makram Rosdi (KEL).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Magathewar Murugesu (KL).
 
JADUAL 19 OGOS:
 
KELANTAN lwn NEGERI SEMBILAN
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)
 
JOHOR lwn PAHANG
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)
 
TENTERA lwn TERENGGANU
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 1.30 petang)