Kelantan mudah atasi Johor dengan lapan wiket
Monday, 17 August 2015 18:55
KOTA BHARU - Tuan rumah, Kelantan menonjolkan kegarangan apabila mudah mengatasi Johor dengan lapan wiket dalam Cabaran Kriket Pantai Timur di IPG Oval, Pengkalan Chepa dekat sini pada 17 Ogos 2015.
Dengan mengumpulkan 36 larian menerusi pertarungan format Twenty20 itu, Johor tersungkur mudah dalam hanya 5.2 over apabila Kelantan membalas 37 untuk dua wiket.
Pasukan yang dibintangi bintang-bintang kebangsaan, Tentera juga bergaya dengan kemenangan 50 larian ke atas Negeri Sembilan.
Pemukul pembukaan kebangsaan, Anwar Arudin mengetuk 43 untuk memastikan Tentera tegap pada kedudukan 152-7 dalam 20 over maksimum. Negeri Sembilan bertahan setakat 102.
Dalam satu lagi pertemuan, Terengganu menumbangkan Pahang dengan 40 larian.
''Dalam perlawanan dengan Tentera esok (18 Ogos) semua pemain Kelantan berjanji akan beraksi dengan yakin dan bersemangat memandangkan barisan lawan merupakan pasukan terkuat dalam pertandingan kali ini,'' kata pengurus Kelantan Wan Nasir Omar.
KEPUTUSAN:
Kelantan kalahkan Johor dengan 8 wiket.
Johor 36 (15.2 over) Saifful Hawari Hussein 10. Shahriel Aizat Nor Azmi 3-2.
Kelantan 37-2 (5.2 over) Khairul Azzudin Zaidi kekal 12, Fatah Ibrahim kekal 12.
Pemain terbaik: Shahriel Aizat Nor Azmi (KEL).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Bertle Alex James (NS).
Tentera kalahkan Negeri Sembilan dengan 50 larian.
Tentera 152-7 (20 over) Anwar Arudin 43, Rosman Zakaria 33, Nazri Noor 19, Hairil Anuar 14, Zaidan Taha Hasim 12. Ikmal Yazid 2-33.
Negeri Sembilan 102 (19.5 over) Alif Safwan Zol 24, Islah Muhaimin Zol 16, Sudarmin Darwis 14, Shafiq Sharif 12. Nazri Noor 3-5, Ghullfam Hussin 3-10, Zaidan Taha Hasim 2-14, Izzuan Abdullah 2-23.
Pemain terbaik: Nazri Noor (TEN).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Hafiz Zaman Huri (NS).
Terengganu kalahkan Pahang dengan 40 larian.
Terengganu 136-8 (20 over) Kairul Azrin Matsiah 29, Faizshal Niaz-Lyn 24, Rizuan Jusoh 19, Zahid Adnan 16. Ramdan Samsudin 3-26, Akmal Khuzairi Karim 2-28.
Pahang 96-6 (20 over) Noor Afif Saufee 36, Fauzan Malik 16, Aziz Ibrahim 15. Fadzrin Kate-Lee 3-16, Kairul Azrin Matsiah 2-30.
Pemain terbaik: Kairul Azrin Matsiah (TER).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Ariffin Ramly (NS).
JADUAL 18 OGOS 2015:
PAHANG lwn NEGERI SEMBILAN
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)
TERENGGANU lwn JOHOR
(IPG Oval B, Pengkalan Chepa, 9.30 pagi)
KELANTAN lwn TENTERA
(IPG Oval A, Pengkalan Chepa, 1.30 petang)