Titiwangsa kejutkan Pudu dengan lima wiket
Wednesday, 05 August 2015 21:07
KUALA LUMPUR - Pendatang baru, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur mencapai kemenangan pertama dalam Cabaran Kriket Perempuan merebut Perisai Tuanku Najihah apabila menumbangkan SMK (Perempuan) Pudu dengan lima wiket di Bayuemas Oval pada 5 Ogos 2015.
Dengan kesungguhan tinggi, barisan Titiwangsa berjaya mengatasi Pudu juga dari Kuala Lumpur dalam 23.3 over.
Dengan kesungguhan tinggi, barisan Titiwangsa berjaya mengatasi Pudu juga dari Kuala Lumpur dalam 23.3 over.
Pudu yang memukul terdahulu mengumpulkan 89 larian untuk tujuh wiket tetapi pembuka pukulan, Nabila Nazeli berjaya mengetuk 30 bagi menyempurnakan angka 91-5 untuk Titiwangsa.
''Ini merupakan kemenangan bersejarah yang ditunggu-tunggu. Pasukan Titiwangsa baru sahaja dibentuk pada Januari tahun ini menerusi program Projek Kriket Nasional kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia,'' kata pengetua SMK Seri Titiwangsa, Nik Anuay Abdullah.
Dengan kemenangan itu, Titiwangsa yang menduduki tangga ketiga dalam pusingan awal akan menentang Pattani dari Thailand dalam separuh akhir 7 Ogos.
Pudu akan menentang juara tahun lalu, SMK Clifford dari Kuala Lipis, Pahang dalam satu lagi separuh akhir di Bayuemas Oval.
Clifford pula mengatasi Pattani dengan 14 larian pada 5 Ogos. Pemain berasal dari Gua Musang, Kelantan, Sasha Azmi melakukan 27 larian.
KEPUTUSAN:
SMK Clifford kalahkan Pattani dengan 14 larian.
Clifford 84-6 (25 over) Sasha Azmi 27, Ainna Hamizah Hashim kekal 12. Soraya Lateh 3-20.
Pattani 70 (22.2 over) Shagufta Arwae 31, Rosenanee Kanoh 12. Sasha Azmi 4-9, Mahirah Izzati Ismail 2-15.
Pemain terbaik: Sasha Azmi (Clifford).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Nur Nadhirah Nasaruddin (KL)
SMK Seri Titiwangsa kalahkan SMK (P) Pudu dengan 5 wiket.
Pudu 89-7 (25 over) Izzah Bahirah Zailan 14. Azmaniza Hariman 3-17, Nurul Huda Zulkarnaen 2-16.
Titiwangsa 91-5 (23.3 over) Nabila Nazeli 30. Izzah Bahirah Zailan 2-27.
Pemain terbaik: Nabila Nazeli (Titiwangsa)
Pengadil: Fadzrin Kate-Lee (KL) & Nur Nadhirah Nasaruddin (KL)
JADUAL 7 OGOS:
SMK CLIFFORD lwn SMK (P) PUDU
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
PATTANI lwn SMK SERI TITIWANGSA
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)