Pattani menang besar atasi SMK Titiwangsa

KUALA LUMPUR - Naib juara musim lalu, Pattani menang besar 126 larian ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Titiwangsa, Kuala Lumpur dalam pertemuan hari kedua Cabaran Kriket Perempuan bagi merebut Perisai Tuanku Najihah di Bayuemas Oval pada  4 Ogos 2015.

Pasukan dari selatan Thailand itu mengumpulkan 176-7 dalam peruntukan maksimum 25 over dengan kapten pasukan, Rosenanee Kanoh melakukan 29 larian. Pendatang baru, SMK Seri Titiwangsa cuma bertahan setakat 23 over dengan 50 larian di papan catatan.


Juara bertahan, SMK Clifford dari Kuala Lipis, Pahang pula berjaya mengehadkan kemaraan SMK (P) Pudu, Kuala Lumpur dalam 18.5 over tetapi dengan pungutan 29 larian sahaja.

''Kami tiada masalah berpandukan angka berkenaan dan berjaya mengatasi lawan dalam 5.5 over. Kami menunggu pertemuan penentu juara pusingan awal esok (5 Ogos),'' kata pengurus Clifford, Nur Suhada Mustapa Kamal.

Pengurus Titiwangsa, Nur Rabbuaah Ismail tidak kecewa walaupun skuadnya tumbang dua perlawanan berturut-turut malah gembira dengan peningkatan prestasi pada pertemuan kedua.

KEPUTUSAN:

Pattani kalahkan SMK Seri Titiwangsa dengan 126 larian.
Pattani 176-7
(25 over) Rosenanee Kanoh 29, Soraya Lateh 28, Shagufta Arwae 27, Suraiya Bula 11.  Nurul Huda Zulkarnaen 2-27, Nurul Syahira Hassan Ali 2-33.
Titiwangsa 50 (23 over) Suraiya Bula 2-14, Soraya Lateh 2-14.
Pemain terbaik: Soraya Lateh (Pattani).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Fadzrin Kate-Lee (KL).
 
SMK Clifford kalahkan SMK (P) Pudu dengan 8 wiket.
Pudu 29
(18.5 over) Nik Nur Atiela Din 3-1, Ainna Hamizah Hashim 2-14, Sasha Azmi 2-8.
Clifford 33-2 (5.5 over) Sasha Azmi kekal 17, Zumika Azmi kekal 10.
Pemain terbaik: Nik Nur Atiela Din (SMK Clifford)
Pengadil: Fadzrin Kate-Lee (KL) & Nur Nadhirah Nasaruddin (KL)
 
 
JADUAL 5 OGOS 2015:
 
SMK CLIFFORD lwn PATTANI
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
SMK SERI TITIWANGSA lwn SMK (P) PUDU
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)