Parit Jawa rangkul Perisai Tun Ahmad Sarji

KUALA LUMPUR - Parit Jawa memastikan Perisai Tun Ahmad Sarji miliknya dengan kemenangan tujuh wiket ke atas Ipoh dalam perlawanan akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas, Klang pada 31 Mei 2015.

Setelah menang undian dan bertindak untuk memadang pada sesi pagi yang nyaman, Parit Jawa memastikan enam pemukul Ipoh dikeluarkan hanya lapan over permainan.

Justeru itu angka pasukan dari Perak cuma bertahan setakat 46 larian; himpunan rendah yang sukar dipertahan.

''Ini strategi yang menepati sasaran. Kami membawa kebanggaan Parit Jawa sesudah kriket diperkenalkan pada tahun 2011 di kampung berkenaan,'' kata penyelarasnya, A. Salim Hussin.

Tahun lepas, Parit Jawa berupaya ke babak akhir tetapi kalah tipis kepada Kuala Lipis dari Pahang.

Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid hadir menyaksikan babak akhir itu dan turut menyampaikan hadiah.

KEPUTUSAN BABAK AKHIR:

Parit Jawa kalahkan Ipoh dengan 7 wiket.
Ipoh 46 (19.4 over) Afiq Syakir Shaharuddin 11.  Danial Shah 2-3, Shamsul Ikmal Azman 2-3, Syazwan Zainuddin 2-3.
Parit Jawa 47-3 (10.3 over) Hisyamuddin Kahhar 18, Shamsul Ikmal Azman kekal 10.  Hanief Salehen 2-9.
Pemain terbaik babak akhir: Shamsul Ikmal Azman (Parit Jawa).
Pemain terbaik kejohanan: Vijay Unni Suresh (Bayuemas).
Pengadil: Bertle Alex James (Negeri Sembilan) & Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur).