Parit Jawa, Ipoh mara ke perlawanan akhir

KUALA LUMPUR - Parit Jawa mara ke babak akhir bagi tahun kedua berturut-turut dengan kemenangan mudah enam wiket ke atas wakil Kelantan, Machang dalam separuh akhir berat sebelah di Bayuemas Oval dekat sini pada 30 Mei 2015.

Dengan hanya membenarkan Machang mengumpulkan 71 larian, wakil Johor itu mengatasi lawan hanya dalam 13.4 over untuk bersedia menentang Ipoh dalam perlawanan akhir di gelanggang sama pada 31 Mei 2015.

Dalam satu lagi separuh akhir, Ipoh  membaham Bayuemas dari Selangor dengan empat wiket.

''Kami bersemangat untuk menjuarai Perisai Tun Ahmad Sarji setelah gagal dalam cubaan pertama tahun lepas. Harapan agar kecemerlangan bersama kami musim 2015,'' kata penyelaras Parit Jawa, A. Salim Hussin.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 menyediakan hadiah wang tunai kepada juara, naib johan dan pasukan yang layak ke separuh akhir.

KEPUTUSAN SEPARUH AKHIR:

Ipoh kalahkan Bayuemas dengan 4 wiket.
Bayuemas 106-9 (25 over) Iman Nazley kekal 17, Najmi Shahnon 11, Wan Azam Ahmad 10.  Hanief Salehen 2-10.
Ipoh 107-6 (22.2 over) Haziq Aiman Hafiz 28, Hanief Salehen kekal 13, Adil Fakhri Zulkabali 13, Wan Amin Adzhar 10.  Lokman Nur Hakim Sahar 3-15.
Pemain terbaik: Haziq Aiman Hafiz (Ipoh).
Pengadil: Bertle Alex James (Negeri Sembilan) & Ariffin Ramly (Negeri Sembilan).

Parit Jawa kalahkan Machang dengan 6 wiket.
Machang 71 (24.1 over) Nurhafiza Maliki 22, Zulhaikal Akram Tajudin 19.  Zul Amry Mohdin 3-12, Syatirah Najwa Rizaudin 3-15, Hisyamuddin Kahhar 2-7.
Parit Jawa 72-4 (13.4 over) Syazwan Zainuddin 21, Hisyamuddin Kahhar kekal 19, Isyraq Suhaimi 10.
Pemain terbaik: Hisyamuddin Kahhar (Parit Jawa).
Pengadil: Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur) & Ariffin Ramly (Negeri Sembilan).

BABAK AKHIR - 31 MEI 2015

IPOH lwn PARIT JAWA
(Bayuemas Oval, 10 pagi)