Bayuemas di tangga teratas kumpulan A

KUALA LUMPUR - Bayuemas dari Selangor bangkit untuk menduduki tangga teratas kumpulan A dengan kemenangan besar membenam Kota Kinabalu dengan 187 larian dalam Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang pada 29 Mei 2015.

Dengan kecemerlangan itu, Bayuemas akan bertemu naib juara kumpulan B, Ipoh dari Perak dalam pertemuan separuh akhir pada sebelah pagi (30 Mei) manakala johan kumpulan B, Parit Jawa (Johor) menentang Machang dari Kelantan pada sesi petang.

Pertemuan 25 over merebut Perisai Tun Ahmad Sarji itu menyaksikan juara bertahan tahun lalu, Kuala Lipis terkeluar daripada saingan dan kalah teruk sembilan wiket kepada Machang pada 29 Mei.

Bayuemas yang memukul terdahulu mengumpulkan 213-5 dengan Vijay Unni Suresh mengetuk 93 larian.

Parit Jawa pula mengetepikan Pekan dengan 29 larian di UKM Oval manakala Ipoh menumbangkan Kuching dengan 37 larian.

''Kami tidak dapat menyembunyikan kehampaan dengan prestasi dua pasukan dari Malaysia Timur, Kuching dan Kota Kinabalu yang masing-masing di tangga tercorot kumpulan. Kami terpaksa berbincang mengenai kemorosotan mutu permainan ini, kata Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob.

KEPUTUSAN

Machang kalahkan Kuala Lipis dengan 9 wiket.
Kuala Lipis 37 (13.1 over) Iqraam Hakim Akhir 6-4, Iskandar Safain 2-12.
Machang 39-1 (6.5 over) Nabil Osman kekal 15, Zulhaikal Akram Tajudin kekal 13.
Pemain terbaik: Iqraam Hakim Akhir (Machang).
Pengadil: Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan) & Rudy Ismandi Mansor (Perak).
 
Bayuemas kalahkan Kota Kinabalu dengan 187 larian.
Bayuemas 213-5 (25 over) Vijay Unni Suresh kekal 93, Najmi Shahnon 29, Lokman Nur Hakim Sahar 26.  Suhail Shirullah 2-44.
Kota Kinabalu 26 (12.1 over) Lokman Nur Hakim Sahar 6-10, Asyraf Azmi Aslam 2-1, Vijay Unni Suresh 2-8.      
Pemain terbaik: Vijay Unni Suresh (Bayuemas).
Pengadil: Bertle Alex James (Negeri Sembilan) & Rudy Ismandi Mansor (Perak).
 
Parit Jawa kalahkan Pekan dengan 29 larian.
Parit Jawa 115-6 (25 over) Syazwan Zainuddin 29, Shamsul Ikmal Azman 24, Hisyamuddin Kahhar 21.  Shafiq Aikal Shahrom 2-24, Nurul Syazwina Jamaludin 2-25.
Pekan 86-6 (25 over) Imad Aiman Mahmud 14, Shahrul Redzuan Abu Bakar 11, Hafizuddin Ridzuan 10.  Hisyamuddin Kahhar 3-11.  
Pemain terbaik: Hisyamuddin Kahhar (Parit Jawa).
Pengadil: Ariffin Ramly (Negeri Sembilan) & Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur).
 
Ipoh kalahkan Kuching dengan 37 larian.
Ipoh 100 (24.1 over) Hariz Ilmi Zairul Fuaad 20, Irfan Eruan Effendi 13, Afiq Syakir Shaharuddin 12.  Khairul Azam Essam 3-6, Siti Waldina Hadar 2-28.
Kuching 63 (22.4 over) Akmal Alif Zainal 2-12.
Pemain terbaik: Irfan Eruan Effendi (Ipoh).
Pengadil: Wan Ridhauddeen Rashid (Kelantan) & Ariffin Ramly (Negeri Sembilan).
 
SEPARUH AKHIR (30 MEI 2015)

BAYUEMAS lwn IPOH
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
PARIT JAWA lwn MACHANG
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)