Parit Jawa belasah Kuching dengan 187 larian

KUALA LUMPUR - Finalis tahun lepas, Parit Jawa menghukum Kuching dengan kemenangan 187 larian di Bayuemas Oval, Klang pada 28 Mei 2015 untuk layak ke separuh akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan.

Pasukan dari Johor itu mengumpulkan angka tertinggi dalam sejarah kejohanan apabila melakukan  227-2 dalam peruntukan maksimum 25 over. Dua pemukul, Shamsul Ikmal Azman kekal 82 larian manakala Haziq Hafez 79 tanpa tewas. 

''Kami terlalu bangga dengan kemenangan ini terutama sekali dua pembaling perempuan, Syatirah Najwa Rizaudin dan Nur Fazlin Sabri masing-masing meranapkan sembilan wiket Kuching,'' kata penyelaras Parit Jawa, A. Salim Hussin.

Kuala Langat (Selangor) pula mengalahkan Pekan dengan lima wiket dan terpaksa menunggu pertemuan pasukan lain hari ini bagi menentukan peluang ke separuh akhir.

Gemencheh dari Negeri Sembilan terkeluar awal apabila tumpas sembilan wiket kepada Machang (Kelantan) di UKM Oval, Bangi. Juara 2014, Kuala Lipis walaupun berbaki satu perlawanan lagi juga mengesahkan kehampaan ke separuh akhir.  

Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu dari Sabah yang kini masih gagal mengutip mata;  juga gagal mara.

KEPUTUSAN:
 
Bayuemas kalahkan Kuala Lipis dengan 8 wiket.
Kuala Lipis 32 (12.4 over) Lokman Nur Hakim Sahar 5-4, Vijay Unni Suresh 5-4.
Bayuemas 35-2 (6.3 over) Najmi Shahnon 10.
Pemain terbaik: Lokman Nur Hakim Sahar (Bayuemas).
Pengadil: Bertle Alex James (Negeri Sembilan) & Ariffin Ramly (Negeri Sembilan).
 
Machang kalahkan Gemencheh dengan 9 wiket.
Gemencheh 40 (14.4 over) Iqraam Hakim Akhir 4-3, Iskandar Safain 2-17.
Machang 44-1 (10.2 over) Nabil Osman kekal 20.      
Pemain terbaik: Iqraam Hakim Akhir (Machang).
Pengadil: Ariffin Ramly (Negeri Sembilan) & Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur).
 
Parit Jawa kalahkan Kuching dengan 187 larian.
Parit Jawa 227-2 (25 over) Shamsul Ikmal Azman kekal 82, Haziq Hafez kekal 79, Hisyamuddin Kahhar 25, Syazwan Zainuddin 14.
Kuching 40 (9.4 over) Syatirah Najwa Rizaudin 6-9, Nur Fazlin Sabri 3-21.
Pemain terbaik: Syatirah Najwa Rizaudin (Parit Jawa).
Pengadil: Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan) & Wan Ridhauddeen Rashid (Kelantan).
 
Kuala Langat kalahkan Pekan dengan 5 wiket.
Pekan 115-7 (25 over) Imad Aiman Mahmud kekal 31.  Najmi Ikmal Hisham 2-10, Hazriq Azmir 2-12, Haikal Hafizi Kahar 2-18.
Kuala Langat 117-5 (21.3 over) Hazriq Azmir kekal 29, Hafidzi Ngadiman 26, Haikal Hafizi Kahar kekal 12.  Shafiq Aikal Shahrom 3-21.
Pemain terbaik: Hazriq Azmir (Kuala Langat).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (Perak) & Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan).
 
JADUAL HARI INI:

KUALA LIPIS lwn MACHANG
(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
BAYUEMAS lwn KOTA KINABALU
(Bayuemas Oval, 2.30 petang)

PARIT JAWA lwn PEKAN
(UKM Oval, 9 pagi)

KUCHING lwn IPOH
(UKM Oval, 2.30 petang)