Parit Jawa selesa dalam pusingan awal

KUALA LUMPUR - Naib juara 2014, Parit Jawa memenangi perlawanan kedua dengan menumpaskan Ipoh dengan empat wiket di Bayuemas Oval pada 27 Mei 2015 untuk berada dalam kedudukan selesa pada saingan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan.

Wakil Johor itu mengatasi angka Ipoh apabila mengumpulkan 88-6 dalam hanya 16.3 over.


Penyelaras Parit Jawa, A. Salim Hussin berharap pasukannya akan terus memaparkan permainan bertenaga untuk menduduki tangga teratas kumpulan B.

Dalam satu perlawanan di Bayuemas Oval, Kuala Langat dari Selangor menewaskan wakil Sarawak, Kuching dengan lapan wiket.

Di UKM Oval, Bayuemas (Selangor) mengatasi Gemencheh dari Negeri Sembilan dengan 20 larian manakala juara tahun lepas, Kuala Lipis (Pahang) cemas sebelum mengalahkan Kota Kinabalu dengan lima wiket.

Pertandingan yang dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia sejak tahun 1999 itu menyediakan format 25 over kepada 10 skuad terbaik daripada 20 pasukan dalam program pembangunannya.

KEPUTUSAN
 
Bayuemas kalahkan Gemencheh dengan 20 larian.
Bayuemas 123-5
(25 over) Vijay Unni Suresh 54, Lokman Nur Hakim Sahar 30.  Syamil Ikhwan Tasip 2-16.
Gemencheh 103-9 (25 over) Amir Mazlan 20, Faris Kamaruzaman kekal 16.  Lokman Nur Hakim Sahar 2-26.
Pemain terbaik: Vijay Unni Suresh (Bayuemas).
Pengadil: Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur) & Bertle Alex James (Negeri Sembilan).
 
Kuala Lipis kalahkan Kota Kinabalu dengan 5 wiket.
Kota Kinabalu 66
(22.3 over) Amirul Ambran 18.  Shazwan Alif Shafe’i 3-11, Khairi Kamarul Hatta 3-13, Amirul Hakimi Shahibon 2-12.
Kuala Lipis 67-5 (20.3 over) Affendi Saleh kekal 15.  Suhail Shirullah 3-13.
Pemain terbaik: Shazwan Alif Shafe’i (Kuala Lipis).
Pengadil: Ariffin Ramly (Negeri Sembilan) & Bertle Alex James (Negeri Sembilan).
 
Kuala Langat kalahkan Kuching dengan 8 wiket.
Kuching 46
(12.2 over) Shahid Adzli 5-7, Hazriq Azmir 4-16.
Kuala Langat 47-2 (6.4 over) Hazriq Azmir 20.
Pemain terbaik: Hazriq Azmir (Kuala Langat).
Pengadil: Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan) & Wan Ridhauddeen Rashid (Kelantan).
 
Parit Jawa kalahkan Ipoh dengan 4 wiket.
Ipoh 87
(18.5 over) Wan Amin Adzhar 17, Hanief Salehen kekal 15, Adil Fakhri Zulkabali 14, Hariz Ilmi Zairul Fuaad 12.  Hisyamuddin Kahhar 2-12.
Parit Jawa 88-6 (16.3 over) Shamsul Ikmal Azman 35.  Irfan Eruan Effendi 2-14, Afiq Syakir Shaharuddin 2-15.
Pemain terbaik: Shamsul Ikmal Azman (Parit Jawa).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (Perak) & Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan).
 
JADUAL 28 MEI:

KUALA LIPIS lwn BAYUEMAS

(UKM Oval, 9 pagi)
 
MACHANG lwn GEMENCHEH
(UKM Oval, 1.30 petang)

PARIT JAWA lwn KUCHING
(Bayuemas Oval, 9 pagi)

PEKAN lwn KUALA LANGAT
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)