Gemencheh, Ipoh di kedudukan paling atas kumpulan

KUALA LUMPUR -  Gemencheh dan Ipoh meneruskan kecemerlangan dengan dua kemenangan berturut-turut dalam Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan bagi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji pada 26 Mei 2015.

Wakil Negeri Sembilan itu membaham Kota Kinabalu dengan enam wiket di Bayuemas Oval dekat sini manakala Ipoh pula mengalahkan Kuala Langat (Selangor) dengan lima larian di UKM Oval, Bangi.


Berpandukan dua kemenangan itu, Gemencheh mendahului kumpulan A manakala Ipoh di kedudukan paling atas kumpulan B.

''Kami akan pamer permainan aksi tinggi apabila bertemu finalis tahun lepas, Parit Jawa dalam perlawanan seterusnya,'' kata penyelaras Ipoh, Nor Azlan Shah Redhun.

Machang dari Kelantan bernasib baik untuk seri dengan Bayuemas (Selangor) apabila kedua-dua pasukan terikat pada angka 88. Dalam pertemuan di UKM Oval, Pekan (Pahang) menafikan Kuching dari Sarawak dengan 68 larian.

Pertandingan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia menyediakan hadiah wang lumayan kepada empat pasukan yang layak ke separuh akhir.


KEPUTUSAN
 
Perlawanan antara Machang dengan Bayuemas seri.
Bayuemas 88
(20.2 over) Faris Hilmy Azizudin kekal 16, Vijay Unni Suresh 15, Wan Azam Ahmad 13.  Iqraam Hakim Akhir 4-9, Nabil Osman 2-20.  
Machang 88 (21.3 over) Zulhaikal Akram Tajudin 29, Wan Nor Zulaika Sofea Zulkifli 11, Iskandar Safain 10.  Lokman Nur Hakim Sahar 3-17, Asyraf Azmi Aslam 2-15, Vijay Unni Suresh 2-17.
Pemain terbaik: Wan Nor Zulaika Sofea Zulkifli (Machang).
Pengadil: Ariffin Ramly (Negeri Sembilan) & Faeiz Redzuan Tarmizi (Kelantan).

Gemencheh kalahkan Kota Kinabalu dengan 6 wiket.
Kota Kinabalu 119-7
(25 over) Suhail Shirullah kekal 43, Izat Marwan Rahim kekal 20, Shahfiezan Erwandy Andy 10.    
Gemencheh 120-4 (19.5 over) Ikhmal Raduan 14, Syamil Ikhwan Tasip 13, Faris Kamaruzaman kekal 12, Ehsan Daud kekal 10.  Haiqal Hakimie Rohzimi 2-21, Nur Alif Azhar 2-27.  
Pemain terbaik: Suhail Shirullah (Kota Kinabalu).
Pengadil: Wan Ridhauddeen Rashid (Kelantan) & Ariffin Ramly (Negeri Sembilan).

Pekan kalahkan Kuching dengan 68 larian.
Pekan 132-5
(25 over) Imad Aiman Mahmud 22, Shafiq Aikal Shahrom 21, Hafiz Asyraf Roslan 16, Hafizuddin Ridzuan 15.  Nasharuddin Jaapar Sidik 2-23, Khairul Azam Essam 2-37.  
Kuching 64 (19.1 over) Shahrudin Rosti 12.  Amirul Shokri 3-7, Hafiz Asyraf Roslan 2-9, Noor Azzam Ghani 2-9.
Pemain terbaik: Hafiz Asyraf Roslan (Pekan).
Pengadil: Bertle Alex James (Negeri Sembilan) & Nur Nadhirah Nasaruddin (Kuala Lumpur).
 
Ipoh kalahkan Kuala Langat dengan 5 larian.
Ipoh 124-8
(25 over) Afiq Syakir Shaharuddin 42, Akmal Alif Zainal 13, Hariz Ilmi Zairul Fuaad 11, Wan Amin Adzhar 11.  Amirul Hafiz Abdullah 2-21.
Kuala Langat 119-7 (25 over) Hafidzi Ngadiman 23, Azhari Zakari Aidar 13.  Afiq Syakir Shaharuddin 2-10, Irfan Eruan Effendi 2-20.
Pemain terbaik: Afiq Syakir Shaharuddin (Ipoh).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (Perak) & Bertle Alex James (Negeri Sembilan).
 
JADUAL 27 MEI 2015

BAYUEMAS lwn GEMENCHEH

(UKM Oval, 9 pagi)
 
KUALA LIPIS lwn KOTA KINABALU
(UKM Oval, 1.30 petang)

KUCHING lwn KUALA LANGAT
(Bayuemas Oval, 9 pagi)

PARIT JAWA lwn IPOH
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)