Gemencheh atasi Kuala Lipis dengan dua wiket

KUALA LUMPUR - Gemencheh dari Negeri Sembilan mengulangi kehebatan 15 tahun lepas apabila bermula cemerlang menumpaskan juara bertahan, Kuala Lipis dengan dua wiket dalam aksi pembukaan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang pada 25 Mei 2015.

Sebagai pasukan gagah yang melahirkan ramai pemain ternama suatu ketika dahulu, Gemencheh memintas angka wakil Pahang itu dalam over ke-24.


Finalis 2014, Parit Jawa dari Johor menang mudah dengan 65 larian ke atas Kuala Langat (Selangor) di UKM Oval, Bangi manakala Machang dari Kelantan menumbangkan Kota Kinabalu dengan 120 larian.

Satu lagi perlawanan di Bayuemas Oval menyaksikan Ipoh menewaskan Pekan dari Pahang dengan tujuh wiket.

''Kami akan meneruskan rentak cemerlang dalam tiga lagi perlawanan kumpulan untuk mara ke separuh akhir Sabtu ini,'' kata penyelaras Gemencheh Norazmi Che Lah.

Sepuluh pasukan dalam Program Pembangunan Kriket Remaja kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia menyertai pertandingan bagi merebut Perisai Tun Ahmad Sarji berakhir Ahad ini.
 

KEPUTUSAN:
 
Gemencheh kalahkan Kuala Lipis dengan 2 wiket.
Kuala Lipis 123-4
(25 over) Nor Hisyam Samli 39, Amirul Hakimi Shahibon kekal 32.  Ehsan Daud 3-19.
Gemencheh 125-8 (24 over) Amir Mazlan kekal 37, Hafiq Fitri Hazri 20, Syahmil Ikhwan Tasip 13.  Faizzudin Asri 2-7, Amirul Hakimi Shahibon 2-12, Kashful Azhim Zabidi 2-25.
Pemain terbaik: Amir Mazlan (Gemencheh).
Pengadil:  Bertle Alex James (NS) & Faeiz Redzuan Tarmizi (KEL).
 
Ipoh kalahkan Pekan dengan 7 wiket.
Pekan 74
(19.3 over) Adil Fakhri Zulkabali 3-12, Ayunee Nazri 2-2, Zikri Addin Yatim 2-11.
Ipoh 76-3 (13 over) Haziq Aiman Hafiz kekal 30, Afiq Syakir Shaharuddin kekal 16.  Fathurhi Dayatullah Pazeli 2-30.
Pemain terbaik: Haziq Aiman Hafiz (Ipoh).
Pengadil: Rudy Ismandi Mansor (Perak) & Bertle Alex James (NS).
 
Parit Jawa kalahkan Kuala Langat dengan 65 larian.
Parit Jawa 171-5
(25 over) Haziq Hafez kekal 61, Danial Shah 32, Syazwan Zainuddin kekal 14, Isyraq Suhaimi 14, Shamsul Ikmal Azman 12.  Shahid Adzli 2-19.
Kuala Langat 106-9 (25 over) Syamil Fadzli 28, Najmi Ikmal Hisham 15.  Nur Fazlin Sabri 2-21.
Pemain terbaik: Haziq Hafez (Parit Jawa).
Pengadil: Ariffin Ramly (NS) & Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).
 
Machang kalahkan Kota Kinabalu dengan 120 larian.
Machang 172-8
(25 over) Nabil Osman 32, Hanif Shaipudin 24, Nurhafiza Maliki 16, Zulhaikal Akram Tajudin 11.  Nur Alif Azhar 2-45, Haiqal Hakimie Rohzimi 2-20, Suhail Shirullah 2-20, Safiah Najwa Suzly 2-42.
Kota Kinabalu 52 (16 over) Shahfiezan Erwandy Andy 14, Haiqal Hakimie Rohzimi 13, Zulhaikal Akram Tajudin 3-10, Nabil Osman 2-8.  
Pemain terbaik: Nabil Osman (Machang).
Pengadil: Wan Ridhauddeen Rashid (KEL) & Nur Nadhirah Nasaruddin (KL).
 
JADUAL 26 MEI

MACHANG lwn BAYUEMAS

(Bayuemas Oval, 9 pagi)
 
KOTA KINABALU lwn GEMENCHEH
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)

PEKAN lwn KUCHING
(UKM Oval, 9 pagi)

IPOH lwn KUALA LANGAT
(UKM Oval, 1.30 petang)