Isteri Tan Sri Wan Rahman meninggal dunia
Monday, 04 May 2015 22:20
PUAN SRI ROHANI AWANG CHIK, isteri kepada Timbalan Yang Dipertua Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tan Sri Wan Abdul Rahman Yaacob meninggal dunia kira-kira pukul 7 malam, 3 Mei 2015 di Petaling Jaya.Rohani, 66 tahun, meninggal dunia akibat kanser. Pesara guru, Allahyarham merupakan pengetua kesembilan Sekolah Menengah Kebangsaan Subang Jaya, Selangor.
Pengebumian di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur sebelum zohor 4 Mei 2015.