SMK Tinggi Kajang jauh di hadapan
Saturday, 02 May 2015 21:37
JUARA bertahan, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor mendahului empat lagi pasukan dalam Cabaran Projek Kriket Nasional bagi merebut Piala Ketua Pengarah Pelajaran.
Setelah mengharungi empat pertemuan setakat ini, Kajang mengumpulkan 81.38 mata; jauh meninggalkan pendahulu kedua, SMK Segambut Jaya, Kuala Lumpur dengan 57.15. Ketiga ialah naib juara tahun lepas. SMK Penang Free; 53.14.

SMK Victoria, Kuala Lumpur pula ketinggalan di tangga keempat dengan 32 mata manakala pendatang baru yang juga juara bertahan pertandingan sekolah berasrama penuh, SM Sains Tengku Abdullah, Raub hanya memperoleh 11.61 mata.
Penyelaras pertandingan, Rasul Iqbal Ghazali berkata, perhitungan antara SMK Segambut Jaya dan SMK Penang Free untuk merebut peluang ke perlawanan akhir tahun ini amatlah menarik.
''Segambut Jaya amat bersemangat untuk mara ke babak akhir buat kali pertama.
''Sekalung tahniah untuk pengetuanya, Cikgu Khailani A. Jalil yang begitu bersungguh-sungguh untuk memastikan pasukan sekolahnya berjaya,'' kata Rasul Iqbal, bekas pemain SMK Victoria yang berasal dari Pekan, Pahang.
Babak akhir berlangsung 12 dan 13 September 2015 di stadium antarabangsa, Bayuemas Oval.