Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran
Sunday, 28 June 2009 23:12
Pertarungan antara pusat Projek Kriket Nasional kendalian Persatuan Kriket Melayu Malaysia itu menyaksikan SMK Victoria, Kuala Lumpur akan bertemu Penang Free dalam babak akhir pada 25 dan 26 Julai di Bayuemas Oval, Klang setelah kedua-dua pasukan mengatasi skuad Kajang itu walaupun berbaki satu lagi pertemuan.
SMK Victoria mengetuai keperkasaan selaku juara pada tahun 2004 hingga 2006 tetapi terpaksa menyerahkan kejuaraan mulai 2007 dan 2008 apabila Penang Free dan Sekolah Sukan Bandar Penawar layak ke babak akhir. Apa pun Penang Free merangkul kejuaraan dan bertekad memburu kejuaraan ketiga berturut-turut tahun ini.
Dalam pertemuan dua ining itu di Bangi, Penang Free memukul dan berjaya mengumpulkan 329 larian dengan pemukul berasal dari Negeri Sembilan, Zubair Asyraf Norazmi mengetuk 83 larian manakala Ahmad Zahid Adnan dari Kelantan memperoleh 70.
Apa pun Kajang hanya melakukan 95 larian dalam ining pertama manakala sedikit berkesan dalam ining kedua dengan 140.
''Tidak dinafikan tiga perempat daripada pemain Kajang masih berada dalam linkungan bawah 15 tahun. Tahun depan, SMK Tinggi Kajang akan lebih bersedia,'' kata guru penyelarasnya, Ali Suman.
Bagi Penang Free, mereka akan memastikan kejuaraan milik mereka buat tahun ketiga berturut-turut.
''Tiga lagi pemain direhatkan dalam pertemuan semalam dan kehadiran mereka dalam babak akhir akan memastikan kegarangan berganda,'' kata pengurusnya, Hairol Amin Salim.
KEPUTUSAN:
SMK Penang Free kalahkan SMK Tinggi Kajang dengan ining dan 94 larian.
Ining pertama:
SMK Penang Free 329 (Zubair Aysraf Norazmi 83, Ahmad Zahid Adnan 70, Pavithren Nadaesan 54. Bakri Amin Zulkifeli 3-72, Asyraf A. Rahman 2-39. Wafiq Irfan Zarbani 2-40.
SMK Tinggi Kajang 95 (Bakri Amin Zulkifeli 30, Faizal Tokiran 20, Azwan Idris 13. Nazril A. Rahman 5-20, Ahmad Zahid Adnan 3-26.
Ining kedua:
SMK Tinggi Kajang 140 (Faizal Tokiran 52, Azwan Idris 18, Asyraf A. Rahman 17. Fikri Makram Rosdi 5-41, Nazril A. Rahman 2-35.
PEMUKUL SMK Tinggi Kajang, Azwan Idris bersedia melakukan pukulan sisi manakala penjaga wiket SMK Penang Free, Ahmad Tajudin Ismail (kiri) bersedia di belakang kayu pancang dalam pertemuan di UKM Oval pada 28 Jun 2009.