Abdul Rauf Aiman dalam kenangan
Wednesday, 22 April 2015 12:59
PEMAIN Projek Kriket Nasional di Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Kajang, Selangor, Abdul Rauf Aiman Abdul Rahman meninggal dunia 9.40 pagi, 22 April 2015 di Hospital Kajang kerana jangkitan denggi.
Pelajar kriket berasal dari Pekan, Pahang ini menyertai Projek Kriket Nasional awal tahun 2015 menerusi kecemerlangan permainan sewaktu berada dalam Program Pembangunan Kriket Remaja - Pusat Pekan, Pahang.
Abdul Rauf Aiman, 13, dimasukkan ke Hospital Kajang pada 15 April 2015.
Pengebumian selepas solat Asar, 22 April 2015 di Tanah Perkuburan Kg. Marhum, Bruas, Pekan, Pahang.
Kriket Melayu mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Abdul Rauf Aiman.
Terima kasih kepada pengetua, guru-guru dan pelajar SMK Tinggi Kajang yang banyak membantu.