Sri Lanka terus kuasai kejohanan

KUALA LUMPUR - Sri Lanka terus menguasai Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila Bangladesh dijinakkan dengan tiga wiket dalam perlawanan akhir di Bayuemas Oval pada 12 April 2015.

Dengan kejuaraan berkenaan, Sri Lanka menang buat kali kesembilan dalam sejarah penganjuran pertandingan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar sejak tahun 2004.


''Kami lega dengan keputusan kerana pada pertengahan perlawanan ia mendebarkan juga berikutan jatuhan wiket,'' kata pengurus Sri Lanka, Mahinda Uduwerella.

Sri Lanka memenangi undian dan memilih untuk memadang dengan membenarkan lawan memukul setakat 164-5 dalam peruntukan 40 over.

''Walaupun angka tidak tinggi, pemain kami memastikan Sri Lanka memerah keringat ke tahap maksimum,'' kata pengurus Bangladesh, SM Mortuza Raihan. Bangladesh merupakan juara pertandingan tahun 2005 yang dianjurkan di Sri Lanka.

Sri Lanka melepasi angka sasaran dengan 166-7 dalam 31 over.

Kejohanan anjuran Persatuan Kriket Melayu Malaysia disertai enam pasukan tahun ini termasuk Afrika Selatan, India, Singapura dan tuan rumah Melayu Malaysia.

KEPUTUSAN BABAK AKHIR:

Sri Lanka kalahkan Bangladesh dengan 3 wiket.
Bangladesh 164-5 (40 over) Mozahidul Islam Munna kekal 83, Shahadat Hossain kekal 31, Menhaz Uddin 28, Abdulla Jesan 14.  Dilum Sudeera 2-23.

Sri Lanka 166-7 (31 over) Kamil Mishara 61, Roshen Fernando 24, Ranmith Jayasena 21, Kamesh Nirmal 15.
Yeasin Arafat Hira 4-52, Sarwar Hosen Sakib 3-30.
Pemain terbaik babak akhir: Kamil Mishara (Sri Lanka).
Pemain terbaik kejohanan: Nipun Dhananjaya (Sri Lanka).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Shafizan Shahriman (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).