Afrika Selatan di tangga ketiga atasi Melayu Malaysia

KUALA LUMPUR - Afrika Selatan menduduki tangga ketiga Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila menang tipis; satu wiket ke atas Melayu Malaysia dalam pertemuan di Bayuemas Oval pada 11 April 2015.

Setelah kalah dengan 68 larian pada pertemuan pembukaan Ahad lepas, Afrika Selatan memastikan kepuasan dengan kemenangan semalam berikutan tuan rumah hanya melakukan 113 larian sewaktu memukul dalam sesi pagi.
 
Afrika Selatan melepasi angka sasaran dalam over terakhir.

Dalam satu lagi perlawanan, India menumbangkan Singapura dengan sepuluh wiket di Kinrara Oval untuk menduduki tempat kelima.

KEPUTUSAN:

PENENTUAN KETIGA:

Afrika Selatan kalahkan Melayu Malaysia dengan 1 wiket.
Melayu Malaysia 113 (34.5 over) Zaim Asnawi Osman 23, Zubaidi Zulkifle 21, Arif Najmi Sabri 16, Nuriskandar Rizal Effandi 11.  Gabriel Gad 4-17, Chase Hermanus 3-16.
Afrika Selatan 114-9 (39.1 over) Jordan Woolf 30, Ebrahiem Samaai 23, Abdu Shakoer Abrahams kekal 15, Chase Hermanus 12.  Hasif Norhaizan 4-25, Ikmal Yazid 3-25.
Pemain terbaik: Jordan Woolf (South Africa).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Shafizan Shahriman (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
 
India kalahkan Singapura dengan 10 wiket.
Singapura 33 (20.3 over) Harikhrishnan Chalapathy Anirudh 17.  Rushikesh Pednekar 4-2, Kaushabh Chalke 4-9, Manav Chatterjee 2-4.      
India 34-0 (6.1 over) Shashwat Jagtap kekal 16.  
Pemain terbaik: Kaushabh Chalke (India).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Zaidan Taha Hasim (TEN)  
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
JADUAL 12 APRIL 2015:
 
BABAK AKHIR
SRI LANKA lwn BANGLADESH
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)