Melayu Malaysia tumpas; Bangladesh ke babak akhir

KUALA LUMPUR - Juara tahun 2005, Bangladesh mara ke perlawanan akhir Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa bertemu Sri Lanka setelah membenam Melayu Malaysia dengan lapan wiket di Bayuemas Oval pada 10 April 2015.

Dengan kekalahan itu, Melayu Malaysia akan menentang Afrika Selatan bagi penentuan ketiga juga di Bayuemas Oval 11 April manakala penentu juara berlangsung 12 April 2015.

Bangladesh yang meletakkan Melayu Malaysia memukul terdahulu menghentikan pukulan tuan rumah setakat 70 larian dan hanya mengambil 17 over untuk memintas angka sasaran.

''Semua tidak menjadi apabila kalah undian. Padang basah pada sebelah pagi memberikan kelebihan kepada Bangladesh dan mereka mengambil peluang ini untuk menghukum tuan rumah,'' kata jurulatih Melayu Malaysia, Sarath Jayawardana.

Afrika Selatan pula layak bertemu Melayu Malaysia setelah  menumbangkan India dengan tiga wiket di KInrara Oval.

India pula bersaing Singapura untuk penentuan kelima.

Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid akan hadir pada pertemuan akhir di Bayuemas Oval untuk menyerahkan Trofi Tuanku Ja'afar kepada pasukan juara.

KEPUTUSAN:

Bangladesh kalahkan Melayu Malaysia dengan 8 wiket.
Melayu Malaysia 70
(23.5 over) Nuriskandar Rizal Effandi 17, Nor Farhan Sohud 12.  Yeasin Arafat Hira 5-24, Robiul Hasan Riyad 2-8, Sarwar Hosen Sakib 2-15.
Bangladesh 72-2 (17 over) Mozahidul Islam Munna kekal 31, Abdulla Jesan 24.
Pemain terbaik: Yeasin Arafat Hira (BAN).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Hafiz Zaman Huri (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
 
Afrika Selatan kalahkan India dengan 3 wiket.
India 178-8
(40 over) Atharva Ankolekar 41, Jinit Pasad 38, Aryan Chitroda 19, Vighnesh Kharge 17.  Khaalid Saliem 2-14, Jordan Woolf 2-30, Chase Hermanus 2-36.
Afrika Selatan 180-7 (38 over) Mogamad Saeed Dollie 58, Ebrahiem Samaai 50, Josh Schippers 40.  Manav Chatterjee 3-32.      
Pemain terbaik: Mogamad Saeed Dollie (Afrika Selatan).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Bertle James (NS).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
Sri Lanka kalahkan Singapura dengan 279 larian.
Sri Lanka 307-7
(40 over) Nipun Dhananjaya 82, Thavisha Abhishek 60, Gihan Achintha 57, Roshen Fernando 51.  Aryan Kiran Badhe 3-35, Ratik Bhatnagar 2-43.   
Singapura 28 (20.5 over) Dilum Sudeera 3-4, Pramudith Panditharathna 3-9, Pathum Madushanka 2-4.   
Pemain terbaik: Nipun Dhananjaya (Sri Lanka).
Pengadil: Magathewar Murugesu (KL) & Zaidan Taha Hasim (TEN).
Referi perlawanan: Mohidin Hashim (SEL).
 
JADUAL 11 APRIL 2015:
 
PENENTUAN KETIGA

 
MELAYU MALAYSIA lwn AFRIKA SELATAN
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
PENENTUAN KELIMA
 
INDIA lwn SINGAPURA
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)