Melayu Malaysia belasah Singapura dengan 244 larian

KUALA LUMPUR - Melayu Malaysia membelasah Singapura dengan 244 larian untuk mencapai kemenangan kedua dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa di Bayuemas Oval dekat sini pada 7 April 2015.

Setelah memenangi undian dan memilih untuk memukul, skuad negara mengumpulkan 277-9 dengan ketua pasukan, Zubaidi Zulkifle mengetuk 107 larian manakala pemukul lewat, Arif Najmi Sabri bertahan 50 tanpa tewas.

Singapura yang menerima kekalahan ketiga hanya berupaya melakukan 33 larian dalam 30.1 over.

''Kami berharap dapat melakukan sesuatu yang positif dalam pertemuan menentang India Khamis ini (9 April) walaupun pasukan berkenaan daripada kalangan negara handal dalam permainan kriket,'' kata Naib Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia Datuk Mir Shahariman Shaharuddin.

Juara tahun 2005, Bangladesh pula mencatat kemenangan kedua apabila menumbangkan finalis tahun lepas, Afrika Selatan dengan empat wiket RSC Kiara.

Di Kinrara Oval pula, Sri Lanka menumpaskan India dengan tujuh wiket.

KEPUTUSAN:

Melayu Malaysia kalahkan Singapura dengan 244 larian.
Melayu Malaysia 277-9 (40 over) Zubaidi Zulkifle 107, Arif Najmi Sabri kekal 50, Shahriel Aizat Nor Azmi 28, Zaim Asnawi Osman 18, Ikmal Yazid 14.  Pranav Sudarshan 4-39, Pramesh Singhavi 2-45.
Singapura 33 (30.1 over) Shahriel Aizat Nor Azmi 3-3, Faris Ikram 3-6.
Pemain terbaik: Zubaidi Zulkifle (Melayu Malaysia).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Shafizan Shahriman (NS).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
 
Sri Lanka kalahkan India dengan 7 wiket.
India 86 (35.5 over) Jinit Pasad 25, Atharva Ankolekar 24, Vighnesh Kharge 12.  Pathum Madushanka 3-12, Tithira Weerasinghe 3-17.
Sri Lanka 90-3 (17.4 over) Roshen Fernando kekal 33, Nipun Dhananjaya kekal 27, Kamil Mishara 10.  Atharva Ankolekar 2-22.       
Pemain terbaik: Tithira Weerasinghe (Sri Lanka).
Pengadil: Mat Rani Seman (KEL) & Ariffin Ramly (NS).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
Bangladesh kalahkan Afrika Selatan dengan 4 wiket.
Afrika Selatan 149 (38.2 over) Ebrahiem Samaai 74, Gabriel Gad 19, Matthew Kaiser 12.  Istiaq Idris 4-25, Mehedi Hasan 2-21.   
Bangladesh 150-6 (35.5 over) Mozahidul Islam 42, Tarek Kamal 31, Yeasin Arafat Hira 21, Sarwar Hosen Sakib 14, Menhaz Uddin 13.  Joshua Pistorius 2-28.
Pemain terbaik: Ebrahiem Samaai (Afrika Selatan).
Pengadil: Bertle Alex James (NS) & Rosman Zakaria (TEN).

JADUAL 9 APRIL 2015:
 
MELAYU MALAYSIA lwn INDIA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
BANGLADESH lwn SINGAPURA
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
SRI LANKA lwn AFRIKA SELATAN
(RSC Kiara, 9.30 pagi)