Sri Lanka teruskan penguasaan hari kedua

KUALA LUMPUR - Juara bertahan, Sri Lanka melengkapkan kemenangan kedua dalam Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila mengatasi Melayu Malaysia dengan 92 larian di Bayuemas Oval dekat sini pada 6 April 2015.

Skuad juara lapan kali sejak pertandingan diperkenalkan pada tahun 2004 itu menamatkan pukulan dengan mengumpulkan 218-8 dalam peruntukan 40 over. 

Melayu Malaysia yang mengatasi Afrika Selatan pada 5 April 2015,  hanya melakukan 126 larian untuk tujuh wiket dengan pemain berasal dari Kelantan, Shahriel Aizat Nor Azmi mengumpulkan 48 larian.

''Kami masih memiliki peluang untuk membaiki kedudukan terutama sekali menentang Singapura dalam perlawanan ketiga. Empat daripada enam pasukan yang bersaing adalah daripada negara elit dunia dan Melayu Malaysia mesti berusaha membaiki prestasi dalam setiap perlawanan,'' kata Timbalan Setiausaha Persatuan Kriket Melayu Malaysia, Sham Jalil.

India pula dikejutkan Bangladesh dengan 18 larian di RSC Kiara manakala Afrika Selatan mengatasi Singapura dengan sembilan wiket di Kinrara Oval.

''Kami akan memastikan Afrika Selatan dijinakkan dalam perlawanan seterusnya untuk mencerahkan peluang Bangladesh,'' kata ketua rombongannya, SM Mortuza Raihan.

Kejohanan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar dianjurkan oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
KEPUTUSAN:

Sri Lanka kalahkan Melayu Malaysia dengan 92 larian.
Sri Lanka 218-8 (40 over) Kamil Mishara 56, Nipun Malinga 30, Kamesh Nirmal 29, Roshen Fernando 27, Nipun Dhananjaya 23.  Faris Ikram 2-25, Zaim Asnawi Osman 2-34.
Melayu Malaysia 126-7 (40 over) Shahriel Aizat Nor Azmi 48, Nuriskandar Rizal Effandi 17, Zubaidi Zulkifle 14, Zaim Asnawi Osman 13.  Pathum Madushanka 3-23.
Pemain terbaik: Kamil Mishara (Sri Lanka).
Pengadil: Magathewar Murugesu (KL) & Mat Rani Seman (KEL).
Referi perlawanan: Salim Hussin (JOH).
 
Afrika Selatan kalahkan Singapura dengan 9 wiket.
Singapura 64 (29.1 over) Aryan Kiran Badhe 32.  Joshua Pistorius 4-10, Josh Schippers 3-20, Jordan Woolf 2-6.
Afrika Selatan 65-1 (13.2 over) Justin Broad kekal 38, Matthew Kaiser 15.
Pemain terbaik: Joshua Pistorius (Afrika Selatan).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Rosman Zakaria (TEN).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
Bangladesh kalahkan India dengan 18 larian.
Bangladesh 103 (35.1 over) Mozahidul Islam 20, Tarek Kamal 17, Mostafa Tanvir 15.  Atharva Ankolekar 3-19, Musheer Khan 3-17.
India 85 (38.5 over) Atharva Ankolekar 25, Vighnesh Kharge 17, Kaushabh Chalke 14.  Sarwar Hosen Sakib 2-13. 
Pemain terbaik: Sarwar Hosen Sakib (Bangladesh).
Pengadil: Zaidan Taha Hasim (TEN) & Shafizan Shahriman (NS).
Referi perlawanan: Mohidin Hashim (SEL).
 
JADUAL 7 APRIL 2015:
 
MELAYU MALAYSIA lwn SINGAPURA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
INDIA lwn SRI LANKA
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
AFRIKA SELATAN lwn BANGLADESH
(RSC Kiara Oval, 9.30 pagi)