Melayu Malaysia gegar Afrika Selatan

KUALA LUMPUR - Afrika Selatan menerima kejutan pada hari pembukaan Cabaran Kriket Bawah 15 Antarabangsa apabila tumbang dengan 68 larian kepada Melayu Malaysia di Bayuemas Oval dekat sini, 5 April 2015.

Pasukan Sekolah-Sekolah Afrika Selatan itu hanya berupaya melakukan 103 larian dalam 34.4 over dalam misi mengejar angka Melayu Malaysia berjumlah 171.

''Kami tidak berkemampuan melakukannya. Melayu Malaysia memiliki pemadang yang cukup matang dan berupaya menyekat bola yang hampir meleret ke garisan sempadan,'' kata ketua rombongan Afrika Selatan, Ismail Teladia.

Bermula dengan buruk pada kedudukan 33-4, Melayu Malaysia dengan gandingan kapten pasukan, Zubaidi Zulkifle (77 larian) dan naib ketua Hasif Norhaizan (20) bejaya melonjakkan angka ke tahap meyakinkan.

''Angka 171 tidaklah tinggi tetapi mereka perlu berusaha membaiki kelemahan dalam memukul untuk mencapai angka yang lebih tinggi dalam perlawanan seterusnya,'' kata timbalan setiausaha Persatuan Kriket Melayu Malaysia yang juga bekas pemukul kebangsaan, Sham Jalil.

Di Kinrara Oval, juara bertahan, Sekolah-Sekolah Sri Lanka menewaskan Pilihan Bangladesh dengan 32 larian.

Manakala Akademi India pula menang besar 205 larian ke atas Singapura di RSC Kiara.

Kejohanan bagi merebut Trofi Tuanku Ja'afar dianjurkan sejak tahun 2004 oleh Persatuan Kriket Melayu Malaysia.


KEPUTUSAN:

Melayu Malaysia kalahkan Afrika Selatan dengan 68 larian.
Melayu Malaysia 171 (39.3 over) Zubaidi Zulkifle 77, Hasif Norhaizan 20, Ikmal Yazid 16, Arif Najmi Sabri 13, Shahriel Aizat Nor Azmi 11.  Jordan Woolf 3-24, Chase Hermanus 2-15. 
Afrika Selatan 103 (34.4 over) Josh Schippers 22, Ebrahiem Samaai 16, Joshua Pistorius 13.  Shahriel Aizat Nor Azmi 5-19, Zaim Asnawi Osman 2-16.
Pemain terbaik: Shahriel Aizat Nor Azmi (Melayu Malaysia).
Pengadil: Hafiz Zaman Huri (NS) & Mat Rani Seman (KEL).
Referi perlawanan: A. Salim Hussin (JOH).
 
Sri Lanka kalahkan Bangladesh dengan 32 larian berpandukan kaedah Duckworth-Lewis.  Sasaran 147 larian dalam 35 over.
Sri Lanka 163 (40 over) Nipun Dhananjaya 35, Ranmith Jayasena 31, Kamil Mishara 27, Thavisha Abhishek 16, Nipun Malinga 11.  Yeasin Arafat Hira 2-7, Abrar Junaid Chowdhury 2-14. 
Bangladesh 114-8 (35 over) Mohammed Tarek Kamal 37, Shahadat Hossain 26, Mekail Alam Rabbi 14.  Nipun Dhananjaya 2-6, Pramudith Panditharathna 2-15.
Pemain terbaik: Nipun Dhananjaya (Sri Lanka).
Pengadil: Shafizan Shahriman (NS) & Ariffin Ramly (Tentera).
Referi perlawanan: Alwi Zaman (SEL).
 
India kalahkan Singapura dengan 205 larian.
India 242-9 (40 over) Atharva Ankolekar 99, Vighnesh Kharge 45, Kaushabh Chalke 16, Jinit Pasad 13.  Ratik Bhatnagar 3-20, Pranav Sudarshan 2-26.
Singapura 37 (13.3 over) Aryan Kiran Badhe 13, Harikrishnan Chalapathy Anirudh 11.  Manav Chatterjee 5-18, Aayush Kamath 2-4, Rushikesh Pednekar 2-12.
Pemain terbaik: Atharva Ankolekar (India).
Pengadil: Faizshal Niaz-Lyn (KL) & Magathewar Murugesu (KL).
Referi perlawanan: Mohidin Hashim (NS).
 
 
JADUAL 6 APRIL:
 
MELAYU MALAYSIA lwn SRI LANKA
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
SINGAPURA lwn AFRIKA SELATAN
(Kinrara Oval, 9.30 pagi)
 
INDIA lwn BANGLADESH
(RSC Kiara, 9.30 pagi)