Kota Bharu pastikan kejuaraan

Kriket Elit 2009KLANG, 14 Jun  –  Kota Bharu memastikan Perisai Tun Ahmad Sarji menjadi miliknya apabila membenam Pekan dengan empat wiket dalam babak akhir Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan yang berlangsung di Bayuemas Oval, Klang hari ini.

Berbekalkan kemantapan seimbang musim ini, wakil Kelantan itu yang nyata tertekan pada awal misi mengejar sasaran kembali yakin untuk memastikan kejuaraan kedua dicapai setelah memenangi gelaran pertama pada tahun 2006.

Pekan yang memenangi undian dan memutuskan untuk memukul telah mengumpulkan 105 larian; angka kurang selesa untuk dipertahankan. Setelah berkedudukan 62-6, Pekan hanya perlu berterima kasih kepada pemukul keenam, Afieqi Zulfieqa Khairul Azmi (23) dan Zulkhairil Muda (14) yang mampu mengemudi skuad bandar diraja Pahang itu melepasi angka seratus.

‘’Kami amat bernasib baik untuk mengumpulkan 105 larian hari ini. Jatuhan wiket awal memusnahkan matlamat Pekan untuk meletakkan sekurang-kurangnya 170 larian di papan catatan,’’ kata jurulatih Pekan, Aizuddin CM Roplan.
 
Keadaan juga meresahkan Kota Bharu pada awal pukulan pada sesi tengah hari apabila kehilangan empat pemukul pada kedudukan 26.

Apapun kematangan pembuka pukulan, Mahathir Razali (33 larian) berupaya membawa skuad berkenaan bertahan sehingga kemasukan Faiz Ahmad Nasir (33 tanpa tewas) selaku pemukul ketujuh untuk menonjol keperkasaan menerusi 21 balingan sahaja. Faiz terlalu angkuh dengan hayunan empat untuk Kota Bharu berkedudukan 109-6 dalam 22.3 over.

‘’Kami bernasib baik kerana Pekan menghimpun jumlah kecil. Kejayaan ini akan memastikan Kota Bharu lebih perkasa tahun depan,’’ kata jurulatih Kota Bharu, Zainuddin Harun.

Kecemerlangan Faiz pula meletakkannya sebagai pemain terbaik kejohanan dan telah menerima pelbagai ganjaran termasuk hadiah wang.

Presiden Persatuan Kriket Melayu Malaysia , Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid telah menyampaikan perisai kejuaraan, medal serta ganjaran wang tunai kepada pemain kedua-dua pasukan hari ini.


KEPUTUSAN BABAK AKHIR:

Kota Bharu kalahkan Pekan dengan 4 wiket.

Pekan 105 (20.3 over) Afieqi Zulfieqa Khairul Azmi 23, Syakir Adha Nordin 22, Zulkhairil Muda 14. Mahathir Razali 3-17, Afnan Ghazali 3-17, Faiz Ahmad Nasir 2-19.

Kota Bharu 109-6 (22.3 over) Faiz Ahmad Nasir kekal 33, Mahathir Razali 33, Zulkifli Che Yusof 14. Zulkhairil Muda 2-18, Noor Azizul Manan 2-18.

Pemain terbaik perlawanan akhir: Mahathir Razali (Kota Bharu)

Pemain terbaik kejohanan: Faiz Ahmad Nasir (Kota Bharu)

Pengadil: Hafiz Zaman Huri & Faizshal Niaz-Lyn

BARISAN Kota Bharu meraikan kejayaan merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji pada Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang pada 14 Jun 2009.

BARISAN Kota Bharu meraikan kejayaan merangkul Perisai Tun Ahmad Sarji pada Kejohanan Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval, Klang pada 14 Jun 2009.

PEMAIN dan pegawai Kota Bharu meluru ke tengah padang setelah pasukan berkenaan melepasi angka Pekan dalam babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 14 Jun 2009.

PEMAIN dan pegawai Kota Bharu meluru ke tengah padang setelah pasukan berkenaan melepasi angka Pekan dalam babak akhir Kriket Elit Bawah 12 Kebangsaan di Bayuemas Oval pada 14 Jun 2009. 

FAIZ AHMAD NASIR yang dipilih pemain terbaik kejohanan musim 2009.

FAIZ AHMAD NASIR yang dipilih pemain terbaik kejohanan musim 2009.

Aksi Final

Aksi Final

Aksi Final