UKM A kekal juara saingan Twenty20
Saturday, 28 March 2015 20:20
KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia A kekal sebagai juara saingan kriket Twenty20 UKM dengan kemenangan 52 larian ke atas UKM B dalam babak akhir di Bayuemas Oval pada 28 Mac 2015.
Bagaikan ulangan perlawanan akhir tahun lepas, UKM A memaparkan keperkasaannya sepanjang sesi pukulan. Pasukan juara ini menghimpun 147 dalam 19.5 over. UKM B cuma mampu mengejar setakat 95 larian.
Pemain berasal dari Kampung Gadong, Rembau, Faizal Abu Hassan dipilih pemain terbaik kejohanan berpandukan aksi cemerlang sebagai pemukul.
Dalam pertemuan penentuan tempat ketiga, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menumbangkan Asia Pacific University B dengan 65 larian.
Sebanyak tujuh universiti tempatan bersaing dalam acara tahunan yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. UKM merupakan pusat prestasi tinggi Persatuan Kriket Melayu Malaysia.
KEPUTUSAN:
Penentuan Ketiga
Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Asia Pacific University B dengan 65 larian.
Universiti Islam Antarabangsa 157-8 (20 over) Mohammad Qassim 45, Mahmudur Rahman 30. Rezwanur Rahman 3-34, Javeed Mohammad 2-22.
Asia Pacific University B 92 (17 over) Hussain Nisthar 22, Nik Nazran Sufri Anuay 21. Mohammed Aktaruzzaman 4-20, Hassan Ali Khan 3-9.
Pemain terbaik: Mohammad Qassim (UIA).
Babak Akhir
Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Kebangsaan Malaysia B dengan 52 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 147 (19.5 over) Faizal Abu Hassan 46, Adam Zulkifli 35, Faruq Hakimin Azmi 34. Nik Nabil Safwan Anuay 5-27, Mahadi Muda 3-31.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 95-9 (20 over) Fitri Sham 34, Hameedur Rahman 14. Faruq Hakimin Azmi 2-18, Asyraf Naim M. Sham 2-19.
Pemain terbaik babak akhir: Faizal Abu Hassan (UKM A).
Pemain terbaik kejohanan: Faizal Abu Hassan (UKM A).