UKM A dan B berentap dalam perlawanan akhir

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia A dan B akan bertemu lagi dalam babak akhir kriket UKM Twenty20 pada 28 Mac 2015 berikutan kecemerlangan kedua-dua pasukan dalam separuh akhir di UKM Oval, Bangi.  

Dalam pertemuan pertama, UKM A menang 74 larian ke atas Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Selepas itu, skuad UKM B pula menang sepuluh wiket ke atas Asia Pacific University B.

Dalam perlawanan akhir tahun lalu di Bayuemas Oval, UKM A mengatasi pasukan kedua universiti berkenaan.  

''Kami mengharapkan pertemuan menarik dalam babak akhir di gelanggang sama. Kedua-dua pasukan sama hebat,'' kata Ketua Pegawai Belia dan Sukan UKM, Fairus Shafie bangga.


Apa pun, UIA akan berentap dengan APU B untuk penentuan ketiga, juga di Bayuemas Oval pada sebelah pagi.

KEPUTUSAN:

Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 74 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 166-6 (20 over) Faizal Abu Hassan 52, Shafiq Sharif 50.  Hassan Ali Khan 2-27, Faysal Mohammad 2-28.
Universiti Islam Antarabangsa 92 (18.5 over) Mohammad Qassim 23, Shahriar Shuvo 18.  Nik Azril Arifin 3-20, Shahrulnizam Yusof 2-6. 
Pemain terbaik: Shafiq Sharif (UKM A).:
 
Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Asia Pacific University B dengan 10 wiket.
Asia Pacific University B 66 (19.4 over) Faizshal Niaz-Lyn 20, Azwar Tajri 14.  Mahadi Muda 4-6, Nik Nabil Safwan Anuay 4-9.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 67-0 (13.1 over) Noor Afif Saufee kekal 37, Adzim Yahaya kekal 20. 
Pemain terbaik: Mahadi Muda (UKM B).
 
JADUAL 28 MAC 2015 
 
PENENTUAN KETIGA
Universiti Islam Antarabangsa lwn Asia Pacific University B
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
BABAK AKHIR
Universiti Kebangsaan Malaysia A lwn Universiti Kebangsaan Malaysia B
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)