Dua pasukan UKM beraksi dalam separuh akhir

KUALA LUMPUR - Juara tahun lepas, Universiti Kebangsaan Malaysia A bersama pasukan keduanya UKM B layak ke separuh akhir saingan kriket UKM Twenty20 pada 26 Mac 2015.

UKM A bakal berentap dengan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) manakala UKM B bertemu Asia Pasific University (APU)  B. Kedua-dua perlawanan di UKM Oval, Bangi.

Dalam pertemuan di UKM Oval (25 Mac), UIA menumbangkan APU A dengan lapan wiket manakala APU B pula menang tipis; satu wiket ke atas Universiti Teknologi Petronas. 

Di Bayuemas Oval, UKM B menewaskan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan lima wiket.

''Kami merancang kemenangan besar dalam separuh akhir kelak. Pasukan A dan B perlu bertemu lagi dalam babak akhir seperti tahun lalu,'' kata Ketua Pegawai Belia dan Sukan UKM, Fairus Shafie.


KEPUTUSAN:

Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Asia Pacific University A dengan 8 wiket.
Asia Pacific University A 51 (17.5 over) Ahmad Zai Wafa 15.  Khazin Mushtaq 2-6, Nurul Amin Rahman 2-7.
Pemain terbaik: Khazin Mushtaq (UIA).Universiti Islam Antarabangsa 52-2 (7.1 over) Ikram Ahmed 22, Khazin Mushtaq kekal 12.  Rapat Soleman 2-11.
 
Asia Pacific University B kalahkan Universiti Teknologi Petronas dengan 1 wiket.
Universiti Teknologi Petronas 98 (17 over) Afaf Yahya Ikram 49, Muhd. Talha Khan 14.  Hisham Hashim Dee 4-20, Faizshal Niaz-Lyn 2-7.
Asia Pacific University B 99-9 (18.5 over) Hisham Hashim Deen 22, Azwar Tajri 15.  Hammad Khakwani 3-19, Muhammad Danish 2-14.
Pemain terbaik: Hisham Hashim Deen (APU B).
 
Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 5 wiket.
Universiti Teknologi Mara 75 (18.3 over) Faiz Ahmad Nasir 21, Nor Azli Karim 13.  Fadzrin Kate-Lee 3-20, Nik Nabil Safwan Anuay 2-13.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 79-5 (16 over) Fauzan Malik kekal 33, Noor Afif Saufee 24.  Faiz Ahmad Nasir 2-11.
Pemain terbaik: Fadzrin Kate-Lee (UKM B).
 
SEPARUH AKHIR (26 MAC 2015)
 
Universiti Kebangsaan Malaysia A lwn Universiti Islam Antarabangsa
(UKM Oval, 9.30 pagi)
 
Universiti Kebangsaan Malaysia B lwn Asia Pacific University B
(UKM Oval, 1.30 petang)