UIA kejutkan UiTM dengan tiga wiket

KUALA LUMPUR - Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menggegar Universiti Teknologi Mara (UiTM) dengan kemenangan tiga wiket dalam saingan kriket UKM Twenty20 di Bayuemas Oval dekat sini pada 24 Mac 2015.

Dengan kejayaan ini, ia membuka peluang kepada UIA yang bertemu Asia Pasific University A (APU) di UKM Oval 25 Mac.


UiTM telah memenangi perlawanan pertama apabila menumbangkan APU A dengan 160 larian.

Universiti Kebangsaan Malaysia A dan B meneruskan rentak kemenangan dalam dua hari berturut-turut.

"Kami akan memastikan kedua-dua pasukan akan berentap dalam babak akhir. Tahun lepas, pasukan A menjadi juara,'' kata Ketua Pegawai Belia dan Sukan UKM, Fairus Shafie.

KEPUTUSAN:

Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Universiti Teknologi Petronas dengan 113 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 197-7
(20 over) Faizal Abu Hassan 76, Faruq Hakimin Azmi 52.  Isfaq Bangesh 2-23, Hafeez Wazeer 2-30.  
Universiti Teknologi Petronas 84 (18.2 over) Affaf Yahya Ikram 43, Sameer Ahmad 12.  Nik Azril Arifin 5-20, Asyraf Naim Sham 2-9.
Pemain terbaik: Nik Azril Arifin (UKM A).

Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Asia Pacific University A dengan 7 wiket.
Asia Pacific University A 59
(19.4 over) Saifullah 27.  Nik Nabil Safwan Anuay 3-8, Fauzan Malik 2-13.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 61-3 (11.1 over) Che Wan Razlan Zalati 22, Adzim Yahaya kekal 14.  Sam Weon 2-11.
Pemain terbaik: Che Wan Razlan Zalati (UKM B).
 
Universiti Islam Antarabangsa kalahkan Universiti Teknologi Mara dengan 3 wiket.
Universiti Teknologi Mara 153-8
(20 over) Khairul Izuan Razman kekal 55, Ainool Hafizs M. Yatim 35.  Najeebullah Hashmi 3-17.
Universiti Islam Antarabangsa 155-7 (20 over) Najeebullah Hashmi 54, Shahriar Shuvo 34.  Nor Azli Karim 3-24.
Pemain terbaik: Najeebullah Hashmi (UIA)

JADUAL 25 MAC 2015
 
Universiti Islam Antarabangsa lwn Asia Pacific University A
(UKM Oval, 9.30 pagi)
 
Universiti Kebangsaan Malaysia B lwn Universiti Teknologi Mara
(Bayuemas Oval, 9.30 pagi)
 
Asia Pacific University B lwn Universiti Teknologi Petronas
(UKM Oval, 1.30 petang)