UKM, UiTM cemerlang hari pertama

KUALA LUMPUR - Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang menyenaraikan dua pasukan, selesa pada hari pertama saingan kriket UKM Twenty20 bermula 23 Mac 2015.

Dalam pertemuan sebelah pagi, UKM A menang besar 184 larian ke atas Asia Pacific University B di UKM Oval, Bangi.

UKM B pula mengatasi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dengan enam wiket dalam babak sebelah petang di gelanggang sama.

Di Bayuemas Oval, Universiti Teknologi Mara (UiTM) menumbangkan Asia Pacific University A dengan 160 larian. Pemukul perkasa, Khairul Azzudin Zaidi hebat di lapangan tengah dengan mengumpulkan 79 larian.

KEPUTUSAN:

Universiti Kebangsaan Malaysia A kalahkan Asia Pacific University B dengan 184 larian.
Universiti Kebangsaan Malaysia A 241-4
(20 over) Faizal Abu Hassan kekal 107, Adam Zulkifli 54.
Asia Pacific University B 57 (14.3 over) Javed Raj Mohamad 18.  Asyraf Naim Sham 3-16, Shahrulnizam Yusof 2-2.
Pemain terbaik: Faizal Abu Hassan (UKM A)
 
Universiti Kebangsaan Malaysia B kalahkan Universiti Islam Antarabangsa dengan 4 wiket.
Universiti Islam Antarabangsa 79 (19.3 over) Mohammad Qassim 20, Shahriar Shuvo 16.  Anwar A. Rahman 4-10, Nik Nabil Safwan Anuay 2-7.
Universiti Kebangsaan Malaysia B 83-6 (14.5 over) Norhamizan Hamidon 16, Fauzan Malik 15.  Najeebullah Hashmi 2-15.
Pemain terbaik: Anwar A. Rahman (UKM B).
 
Universiti Teknologi Mara kalahkan Asia Pacific University A dengan 160 larian.
Universiti Teknologi Mara 197-4 (20 over) Khairul Azzudin Zaidi 79, Mahathir Razali 34.
Asia Pacific University A 37 (16 over) Mahathir Razali 4-17, Nor Azli Karim 3-6.
Pemain terbaik: Khairul Azzudin Zaidi (UITM)
 
JADUAL 24 MAC 2015
 
Universiti Kebangsaan Malaysia A lwn Universiti Teknologi Petronas
(UKM Oval, 9.30 pagi)
 
Universiti Kebangsaan Malaysia B lwn Asia Pacific University A
(UKM Oval, 1.30 petang)
 
Universiti Islam Antarabangsa lwn Universiti Teknologi Mara
(Bayuemas Oval, 1.30 petang)